Followers

Saturday, 21 July 2012

LEARN-TAKE!!

    

........... Kelenjar peluhku kian aktif..Keringat membasahi tubuhku. Perasaan cemas menyelubungi hatiku. Daktil-daktil ku genggam erat,sekadar penenang jiwa. Namun,  hormon 'adrenalin' ku terus merembes keluar dek kerisauan yang tidak bertempat. Peluang  terakhir ku  ini perlu ku rangkul.  Aku mengorak langkah, menuju palang yang perlu ku lepasi. Di mindaku, hanya kegagalan yang tergambar sementara kejayaan hanya sekelumit. Aku melonjak, melayangkan tubuh ku dan..... "Plaaaang3x", bunyi palang yang jatuh menyusuli rebahanku ke atas tilam yang empuk  Akhirnya,aku  tewas jua. Palang yang mencabarku ini tidak mampu ku lepasi. Fizikal ku terganggu,begitu juga mental ku. Hakikatnya,segalanya bermula dengan...PERASAAN!.>>

     Hahaha, ni lah situasi aq time msuk lompat tinggi,cuak!Mula2 ok,140cm lepas,141 pun lepas, sampai 145 je trus sangkut..Apapun, aq dapat belajar sesuatu daripada acara yg aq sertai 2 minggu lalu...Ini adalah antara insan yang berjaya memenangi acara tersebut(tahniah!!)




                                      Syamim!!(perak)

 
Ansar...(Emas!!)

       Hmmm...Walaupun x menang,aq dapat belajar satu perkara daripada acara ini. Berdasarkan 'observation' yg telah aq buat , dapatlah aq simpulkan bahawa sukan lompat tinggi adalah analogi mengenai sebuah kehidupan. (err...ye ke?) Ok,cuba kita fikirkan bersama.. 

              Sebelum pertandingan, peserta perlu melakukan persedian mental dan fizikal....kedua-duanya saling memerlukan. Dalam hidup kita, persediaan mental dan fizikal perlu kita lakukan untuk menghadapi sebarang situasi. Mental kita perlu berada dalam keadaan yang positif manakala fizikal juga perlu berada dalam keadaan yang baik dan terhindar daripada penyakit, barulah dapat membuahkan hasil yang memuaskan..Betul x??

             Semasa pertandingan, palang yang terletak antara dua tiang adalah rintangan yang perlu kita  lepasi. Untuk melepasi palang tersebut, kita mesti titikberatkan semua aspek. Antaranya ialah lajakan, lonjakan, pernafasan dan koordinasi. Teknik dalam lompatan  pun mesti efektif... Antara teknik yang paling efektif ialah teknik 'Fosbury Flop' ,lompatan yang dilakukan dengan melentikkan badan. Contohnya macam ni>>>>>

               Atlet lompat tinggi Malaysia,Lee Hup Wei..

                
                Ok,dalam kehidupan kita pula, kita tak kan terlepas daripada rintangan dan cabaran. So,untuk menempuhi rintangan tersebut, kita mesti titikberatkan segala aspek. Antaranya ialah mental, fizikal, emosi dan rohani...Dalam mengharungi arus kehidupan, kita juga perlu LEARN-TAKE (bukan lentik,haha)...Maksudnya,kita patut belajar (learn) daripada pengalaman yang kita lalui dan kita juga hendaklah ambil (take) pengalaman tersebut sebagai pembakar semangat......

               Hasilnya, peserta yang mengaplikasikan teknik yang efektif dapat menikmati keempukan tilam sebaik sahaja rebah ke atasnya tanpa disusuli bunyi palang yang jatuh ke tanah(Plaaaaangx3).Begitu juga dengan kita... Seandainya kita menempuhi arus kehidupan di dunia ini dengan cara yang betul, berlandaskan keimanan yang hakiki, melalui jalan yang lurus, pasti kita akan menikmati pembalasan yang tidak terhingga di akhirat kelak (syurga!) In sya Allah....
                

# semoga berjaya dalam menempuh Ramadan al-Mubaraak...hehe,jgn lupa LEARN-TAKE!! =D
  
                 


Saturday, 30 June 2012

INI FAKTA!! =D

    Assalaamualaikum...!!ok,..utk pengetahuan semua,gambar kat atas ni adalah gambar timbunan ensiklopedia. Kombinasi helaian kertas yang membentuk timbunan kitab tebal ini disebut sebagai 'Ensiklopedia Britannica'.Tapi,....apa yang hebat sangat pasal ensiklopedia ni ea??

     Secara ringkasnya, Ensiklopedia Britannica Edisi Kesebelas (1910-1911)  mengandungi 29 jilid! Ia telah dibangunkan semasa peralihan daripada penerbitan British ke penerbitan Amerika Beberapa rencana telah ditulis oleh cendekiawan yang paling terkenal sepanjang zaman... Sesetengah artikel dalam ensiklopedia ini mempunyai nilai khas dan faedah kepada cendekiawan moden sebagai artifak budaya abad ke-19 dan awal 20.
(klu nak tau bnyak lagi......klik kat sini---->http://en.wikipedia.org/wiki/Encyclop%C3%A6dia_Britannica_Eleventh_Edition#1911_Britannica_in_the_21st_century)
     ..Apapun, aq sebenarnya nak kongsi satu benda,mngnai kemampuan.....DNA!



                       Deoksiribonukleik Asid(DNA)..!


      Kalau semua nak tahu,DNA adalah antara ciptaan Allah yang menakjubkan! Nak tahu kenapa? Fungsi DNA adalah menyimpan maklumat mengenai fisiologi dan mental seseorang manusia. Menurut saintis barat, maklumat yang disimpan di dalam DNA adalah terlalu banyak!  Kalaulah semua maklumat dalam DNA dapat ditulis di atas kertas, maka jumlahnya akan mencecah sejuta mukasurat...!! 

     Jumlah ini bersamaan dengan 4 KALI GANDA jumlah keseluruhan Ensiklopedia Britannica.Wow!! Menurut mereka lagi, seandainya segala maklumat dalam DNA tersebut diterjemahkan ke atas kertas lalu direntangkan secara memanjang,maka kertas-kertas tersebut dapat merentasi Lautan Artik.....(subhanallah...) Kalau disusun seperti timbunan buku pula(mcm gambar first td),boleh mencapai ketinggian 7O meter,bersamaan ketinggian bangunan 20 tingkat...!!Hmm....kalaulah 'mikro cip' ciptaan manusia boleh dianggap hebat....'mikro cip' (DNA)ciptaan Allah jauh lagi hebat...

        Ini adalah ringkasan mengenai fakta tersebut... :-


     Ensiklopedia Britannica(EB) = 29 jilid
                                                = 250 000 muka surat. 

     Maklumat dalam DNA = Jumlah maklumat EB x 4
                                       = 250 000 muka surat x 4
                                       = 1 000 000 muka surat!!

     Kalau direntangkan = mampu mrentasi lautan artik! 
     
     Kalau disusun seperti timbunan buku
     = mencapai ketinggian 70 meter
     = bangunan 20 tingkat!!!

           so,.....renung2 kan...! :)


 surah At-Tin ayat yang ke-4;

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

 "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya...."
























Friday, 8 June 2012

Assalaamu'alaikum! =D




Bismillahirrahmaanirrahim..........ok!

     Bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana retina mata kita masih boleh berfungsi sehinggakan kita dapat melihat apa yang terpapar pada skrin monitor kita masing2....!! Bersyukurlah kerana tindak balas biokimia masih berlangsung dalam sel pada bahagian sitoplasma sel tersebut..!.Bersyukurlah kerana  hidroklorik asid dalam perut kita masih boleh mencernakan makanan...!Alhamdulillah.....(kalau nak kira nikmat,mmg xkan habis!)

      Jadi,tujuan aq menulis blog ni bukanlah untuk memenatkan mata anda semua dengan karangan yang panjang lebar(sorry,post sebelum ni pnjang sangat,hehe), bukan juga untuk meluahkan perasaan (macam tulis kat diari), tetapi untuk berkongsi ilmu yang aq mampu kongsi,supaya aq sendiri dapat input yang positif daripadanya..in sya Allah...

      Aq sebenarnya mula tertarik dengan blog sejak aq terrrbace blog Hilal Asyraf, iaitu http://langitilahi.com.Hmm...pemantun sambestarilah yang telah men'jebak'kan aq ke dunia blog ni..Tak yah sebut nama dia pun dah tau kan?Ni blog die,..  http://perjakawawasan.blogspot.com/ ..Ok,jadi setelah aq meneliti penulisan Hilal Asyraf satu pe satu,dapatlah aq simpulkan bahawa blog ni memang bermanfaat KALAU kita pandai guna..Sebab apa?? Sebab dengan berblog(yg brmanfaat!) ,kita dapat :

-asah ilmu tajam2!!
-sharing ilmu....
-revise ilmu..!
-study BM.
-prbaiki diri
-dll.......

     "Blog merupakan 'ledakan' masa kini dalam dunia maya. Ia semakin mendapat tempat dalam kalangan manusia untuk meluahkan perasaan, mencatat diari, malah untuk berkongsi ilmu. Jadi, ana memandang 'blog' ini sebagai satu peluang untuk ana berkongsi sesuatu yang bermanfaat dan mengajak kepada kebaikan...."
                                                                                                                            -Mujahid Ilmu-
Perjaka Wawasan dan aku . :)
    
     Kata2 yang diintepretasikan melalui tulisan atas ni benar2 membuatkan aq tertarik, lantas mengetuk pintu hati aq untuk ber'blog'! Apapun, aq akan cuba usahakan untuk buat blog yang betul2 simple dari segi penulisannya,tetapi besar dari segi manfaatnya,insyaAllah..haha,post yg lepas panjang sangat,sorry3..Tapi,sesiapa yang dah terbaca, aq harap korang baca sampai habis....sebab dalam perjalanan cerita mmg banyak persoalan yang sememangnya mampu menggugat  kte semua. Tapi..... jangan risau! Kat akhir cerita ada jawapannya....


 Akhir kalam,...
                                 Aq adalah seorang amatur,
                                  Kalau salah harap ditegur!


#thanks sebab sudi mminjamkan masa n perhatian..! ^^

Anda juga mungkin meminati:-