Followers

Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Friday, 28 June 2013

SPM = Sprint Paling Mampu !


Assalaamu'alaikum semua!

Soalan mudah. Kenapa perlu berjaya SPM?


Sijil Perlu Milik.


Sangat perlu dimiliki, sijil yang menjadi wasilah untuk berjaya. PhD, Master, dan lain-lain tidak mampu dikecap tanpa sijil ini yang menjadi titik permulaan.


Sijil Paling Mudah
Ya. Sijil yang menjadi pemudah untuk menggapai cita-cita. Bukan tidak boleh berjaya tanpa SPM, tapi inilah yang menjadi pemudah realitinya.


Sijil Pencerah Misi

Semua orang punya misi bukan? Takrifan misi ialah tugas bagi seseorang individu. Maka, sijil ini merupakan 'pencerah' misi kita sebagai hamba, anak, pelajar dan seumpamanya.


Sijil Pelengkap Masa

Sijil inilah yang menjadi pelengkap bagi kita yang sudah berhempas pulas menggali ilmu sejak lebih sedekad yang lalu. Wajarkah kita sia-siakan masa yang berlalu itu dengan tidak berusaha memperoleh keputusan yang baik?


Sijil Perajurit Millenium
 
Yeah,perajurit millenium . Jika zaman dulu kita sering diasak dengan penjajahan secara zahir, hari ini mentaliti kita yang dijajah. Untuk maju dalam bidang professional seperti bidang perubatan dan kejuruteraan , kita perlukan sijil ini.


Cemerlang atau kecundang?
Kita yang tentukan.
  

Tunggu apa lagi?

   SPM = Sprint Paling Mampu !

#Jangan lupa SPM yang paling signifikan.
Sijil Padang Mahsyar. =D

Tunggu! Doakan daku dan teman seperjuangan di bumi Bestari berjaya.(mana tahu dalam ramai-ramai viewer blog ni ada yang makbul doanya) ^_^

Saturday, 1 June 2013

JARUM : sekadar tusukan atau suntikan ?


  Kalimah yang membentuk nama ku berkemumandang di ruang udara dewan, menandakan giliran sudah tiba. Tubuh yang pada mulanya hanya biasa, kini seakan mula sejuk meskipun tiada kewujudan salji di sekeliling. 

  Langkah diorak dengan berjaga-jaga. Air wajah cuba ku zahirkan ketenangannya dengan hasrat menyembunyikan atma yang semakin berkocak. Jari-jari ku kepal erat, sekadar penenang jiwa. Inilah masanya! Sekelumit detik yang menentukan antara...

menang atau kecundang,
maju atau sungkur,
serta bangga atau kecewa..

  Saat itu,kelibat tubuh ku di atas pentas sememangnya sudah terpampang pada retina mata penonton-penonton yang ada di situ. Namun,kehadiran aku di atas pentas sebagai tumpuan utama ,

telah diuji dengan sesuatu yang mencucuk,
malah menusuk dalam ,
sehinggakan mampu membuatkan aku terduduk..
Objek berbisa,itulah JARUMM .


    Ya,mungkin situasi ini yang dialami oleh mereka yang pernah berucap/berpidato/bersyarah di khalayak ramai. Rasa berdebar? Itu normal. Rasa takut? Itu pun normal. Insan yang berdiri di hadapan penonton untuk bersyarah or berpidato sememangnya akan diserang oleh 'objek' yang agak berbahaya..

  Objek itu tidak menyerang jasad sebaliknya menyerang jiwa. Sanubari akan rasa 'tercucuk' atau 'tertusuk' dengan objek tersebut sehinggakan kadangkala mampu membuatkan kita terduduk! Sekali lagi, itulah JARUM .

  Dan apa yang membanggakan,dalam komuniti bumi Bestari terdapat  insan yang berjaya menangkis segala tujahan jarum-jarum tersebut sehinggakan mampu dinobatkan sebagai Johan Syarahan MTQ Kebangsaan! Jejaka tersebut  ialah..

Syamim Muhaimin bin Abdull Shata!



     Pencapaian:
    Johan Syarahan Amal Islami,zon.(2010)
    Johan Syarahan Amal islami,zon.(2011)
    Johan Syarahan Amal Islami,negeri.(2011)
    Johan Syarahan MTQ,zon.(2012)

    Johan Syarahan MTQ,daerah.(2012)
    Johan Syarahan MTQ,daerah.(2013)
    Johan Syarahan MTQ,negeri.(2013)
    Johan Syarahan MTQ, kebangsaan! (2013)


    (baru syarahan,belum campur debat+bola tampar+TEATER,haha.)

 FAKTA : Dalam 1 134 792 pelajar sekolah menengah dekat Malaysia(fakta betul bukan tipu), tiada yang mampu menangkis tujahan jarum yang bertalu-talu melainkan Syamim yang paling gagah melawan tujahan tersebut dalam arena syarahan! (huhu,GAGAH ke? )

Ehh,TUNGGU!

Dari tadi asyik sebut  jarum, jarum , jarum.
Jarum yang dimaksudkan bukanlah perumpamaan kepada tubuh juara kita ni,bukan bukan.
Jarum yang ingin saya maksudkan terbahagi kepada dua...

Ouch!
  1. Jarum yang memedihkan malah menyakitkan!
   'Jarum' ialah apa-apa yang 'mencucuk' kita apabila berada di hadapan khalayak ramai, boleh jadi penonton ataupun suasana. Lumrahnya, kita akan berasa sakit apabila dicucuk jarum. Pasti. 

    Bagi yang lemah, mereka akan bertambah lemah apabila tertusuk dengan 'jarum-jarum' tersebut. Maka, penyampaian mereka menjadi hambar dan kurang meyakinkan .. Jarum ini berbeza dengan jarum yang kedua...
 
Tajam!


    2. Jarum suntikan yang membekalkan SEMANGAT dan HARAPAN...

    Seperti biasa, 'jarum' ini juga menyakitkan seperti jarum-jarum yang lain. NAMUN, di sebalik kesakitan tersebut tersembunyi seribu satu kebaikan. Wujudnya penawar, wujudnya antibodi!   

    Penonton ataupun suasana di hadapan kita apabila berucap di khalayak ramai kadangkala mampu membekalkan SEMANGAT dan HARAPAN kepada kita. Jarum inilah yang sepatutnya 'dicucuk banyak-banyak' dekat insan yang berucap itu! Baru bertambah kuat.

 Natijahnya, TERPULANG bagaimana kita hendak menganggap jarum itu, sekadar tusukan atau suntikan.

Kita yang menentukannya.

Ironinya,
fenomena ini bukan sahaja berlaku di atas pentas pertandingan,
tetapi juga PENTAS KEHIDUPAN .



   Kita tak akan terlepas daripada tusukan jarum yang menyakitkan malah memeritkan, perkara ini pasti. Jarum itu adalah UJIAN.

      Kita juga masih belum layak dianggap sebagai insan yang beriman andai kita tidak diuji. Ya, untuk menjadi insan yang hebat kita perlu diuji.

     Hatta RASULULLAH S.A.W(jangan lupa selawat.. ^_^) sendiri telah ditusuk dengan 'jarum-jarum' yang bertalu-talu sebelum berjaya meluaskan sinar Islam ke serata alam. Namun, baginda tidak menganggap ujian yang melanda sebagai 'jarum' yang hanya memedihkan sebaliknya menganggap betapa 'jarum' itulah yang menguatkan lagi baginda untuk menjadi insan yang bertakwa.

  Jiwa Rasulullah S.A.W sentiasa tertusuk dengan suntikan semangat meneruskan kehidupan,
bukannya tusukan yang merebahkan jasad di tengah jalan..

Bagaimana pula dengan kita ya? Fikirkan .

Terpulang.

Jarum : Sekadar tusukan atau suntikan?

Kita yang tentukan .



p/s: Arena pidato memang banyak mengajar diri ini dalam membina peribadi dan memperkasa mentaliti.Apapun ,tahniah untuk Syamim! 

Friday, 12 April 2013

RESEPTOR - Sensitiviti, suatu realiti yang perlu diteliti .

Sel saraf .
Tatkala kita teruja dengan ciptaan manusia,
Dek kemajuan teknologi yang menggegar dunia!
Kita terlupa akan suatu ciptaan yang tidak kurang hebatnya.
Meskipun saiznya bukanlah sebesar mana...
Bahkan tidak mampu dikesan oleh deria mata, 
Namun kemampuannya luar biasa,
Diciptakan oleh Al-Khaliq yang Maha Pencipta,
Seandainya ciptaan ini sirna ,
Walau hanya seketika...
Tergendala jadinya,
Suatu nikmat yang dipinjamkan Pencipta buat manusia..
Iaitu nikmat memiliki RESEPTOR .


 Ya,nikmat memiliki reseptor. Secara normalnya, manusia yang lengkap ciri fizikalnya mempunyai lima deria dan salah satu daripadanya adalah deria sentuhan. Deria sentuhan memiliki suatu komponen yang dinamakan reseptor. Rata-rata daripada kita yang pernah menduduki Penilaian Menengah Rendah pastinya pernah mempelajari tentang subtopik ini. Betul? :D

  Semua tahu bukan, reseptor terbahagi kepada lima.. iaitu:-
  • Touch receptor
  • Pain receptor
  • Heat receptor
  • Cold receptor 
  • Pressure receptor 
 (kalau tak percaya boleh check dalam buku teks Sains Tingkatan 2,hee~)




     Hmm....Sensitiviti reseptor tersebut bergantung kepada seseorang individu. Ada yang kuat sensitivitinya,ada juga yang kurang...

Cuba kita fikirkan bersama.

Bagaimanakah agaknya seandainya reseptor yang kita miliki mempunyai sensitiviti yang sangat kuat? 

Sudah tentu  nak berdiri pun susah, sentuh sikit pun  dah sakit.
Kalau mandi air setitik dah menggigil.
Kena penampar pun sampai masuk hospital,opps.

Bagaimana pula sekiranya reseptor yang kita miliki mempunyai sensitiviti yang sangat lemah?

Pasti memudaratkan diri.
Tengah tidur boleh tak perasan rumah terbakar.
Tengah borak tak perasan tangan tengah letak atas cerek,
tahu-tahu melecur macam tu je..
Cicak atas kepala pun boleh tak perasan agaknya.. 

Sebab itu reseptor yang Allah cipta sederhana sensitivitinya,sungguh cantik aturannya!  
   
Hakikatnya....

Hati juga memiliki 'reseptor'........

 Ada insan yang memiliki hati yang cukup sensitif,begitu juga sebaliknya .

Sensitiviti tersebut akan berkurangan dengan adanya suatu sindrom.

Iaitu...

Sindrom 'TAK APA' 


"Eh,banyaknya kerja.."
"Tak apa... masa banyak lagi."


"Eh, nanti cikgu 'touching' kot."
"Tak apa.... benda kecil je pun..Tak ada apalah.."


" Eh,dah lambat la..."
"Tak apa,15 minit. Lambat sikit je."


" Eh,ni buat apa duduk dekat-dekat ni,belum kahwin kan?
"Tak apa,bukan selalu pun..."


"Hey,riba' kot!"
"Tak apa..sikit je."


"Ergh,jahat gila Israel tu! "
"Tak apa, diorang bukan kacau kita pun~" 


"Erk,teruknya orang Islam zaman sekarang,pakai baju terdedah sana sini."
"Tak apa....benda tu kan trend." (trenddddd? na'uzubillah....)


Fenomena yang kelihatan enteng, hakikatnya penting.


Dengan sindrom 'tak apa' lah..

Masyarakat mudah lupa.

Penyelewengan berleluasa.

Zina bermaharajalela.

Dosa dianggap biasa.

Dan apa-apa yang terlintas di fikiran anda.

NAMUN.
Tak perlulah sensitif lebih-lebih sangat kan? ^_^ 

Maka, bersederhanalah. 

#Penting. Maafkanlah diri ini seandainya pernah mengguriskan hati anda sama ada secara sedar ataupun tidak .
 
   
-belajar daripada kesilapan,peringatan untuk diri sendiri- 



   
   

Tuesday, 26 March 2013

Tilam, Kad Mesra dan Simbiotik.


   Hmm,...suatu nikmat yang cukup digemari. Tubuh yang dihenyakkan pada tilam ini belum mampu untuk berdiri, hanya mampu terbaring dek keselesaan merehatkan tubuh. Perambatan 'gelombang malas' yang melanda jasad ini sukar untuk ditepis. Semestinya perlu dibelaukan ataupun dipantulkan sejauh mungkin gelombang negatif ini. Namun, seakan wujud bebanan yang cukup dahsyat pada kelopak mata ku ini, suatu lipatan kulit yang cukup lembut. Terlalu berat untuk dibuka. Allah.....baru diuji dengan tilam! Bangun! Bangun!

Huh,inilah ujian.
Ia datang dalam pelabagai sudut.
Mungkin melalui keperitan.
Mungkin juga melalui kesenangan.
Dan situasi di atas berlaku pada en.NaQib sendiri~ hehe.

Tanggal 17 Mac 2013, pada pagi yang cukup damai......
Dihiasi kicau burung yang berterbangan dengan gumbira..
Di dalam kedamaian pagi yang menyejukkan jiwa..
en.NaQib  kena pergi suatu Program Tarbiyyah dekat musolla.
Pada mulanya malas. Dahlah clash dengan friendly match Bola Tampar.(nak tengok)
Tapi, bila difikirkan pengorbanan fasilitator Akademi Huffaz yang datang dari jauh.
Yang korban masa,korban tenaga..
en.NaQib cuba menggagahkan tubuh yang tak berapa nak gagah ni untuk pergi ke musolla.
Heyaah! :D
   Untuk pertemuan kali ini, kami dikehendaki duduk dalam 'bulatan gembira' masing-masing dan berdiskusi mengenai sebuah tajuk, 'Ibadah'. Ternyata,...ada something yang sangat berguna untuk en.NaQib dan boleh dikatakan rugi kalau en.NaQib terus terlantar dekat katil yang boleh dikatakan empuk tadi. Di sini en.NaQib nak kongsikan serba sedikit tentang apa yang en.NaQib dapat..(credit to Akh Amir Syafiq)

Ibadah

Mungkin bila kita sebut pasal ibadah, pelbagai ritual keagamaan yang akan terbayang di minda kita. Antaranya mestilah solat, puasa dan amalan membaca Al- Qur'an. Kesemuanya benar. Namun, ada suatu pecahan ibadah yang ramai tidak tahu iaitu ibadah..

Umum.

dan

Khusus....

Sebelum kita telusuri dua pecahan tersebut, en.NaQib teringat akan apa yang disampaikan oleh Imam Muda Fakhrul pada separa bulan yang lalu..

  " Ibadah itu ada tiga ciri...yang pertama Allah redha dan suka.Yang kedua mesti melalui kata-kata dan perbuatan. Dan yang ketiga, hendaklah secara zahir dan batin.."

Baik,kembali kepada pecahan ibadah sebentar tadi, ibadah umum dan khusus...

Secara mudahnya, ibadah khusus adalah segala ibadah yang semua sedia maklum, iaitu suatu ibadah yang Allah syariatkan buat manusia..Misal yang semua tahu,solat,puasa,zakat dan lain-lain... 

Ibadah umum pula? 

Apa-apa perbuatan seperti makan, tidur, main dan lain....NAMUN, ada 4 syarat yang perlu dipatuhi untuk diklasifikasikan sebagai ibadah umum. Ha, en.NaQib sebenarnya tertarik dengan satu analogi yang Akh Amir Syafiq nyatakan dalam sesi tarbiyyah tersebut. Berkenaan.....

Erk,..Kad Mesra?
  Ya, Kad Mesra...Ehh,jangan salah faham ya. en.Naqib bukannya suka-suka nak promote Kad Mesra ni dekat semua. Cuma nak nyatakan analogi yang berkaitan dengan Kad Mesra.

 Baiklah,seperti yang semua tahu. Sesiapa sahaja boleh mengutip point setiap kali mengisi minyak di stesyen minyak berkaitan, dengan syarat mesti menjadi ahli dengan memiliki Kad Mesra. 

 Bagi mereka yang berdaftar dan memiliki Kad Mesra tersebut, mereka akan mendapat keuntungan setiap kali mengisi minyak. Bila point dah banyak, bolehlah claim macam-macam kan? Berbeza dengan mereka yang tak berdaftar, mereka tidak mendapat apa-apa keuntungan sedangkan mereka juga melakukan perkara yang sama,mengisi minyak.

 Begitulah juga dengan ibadah umum. Sesiapa sahaja boleh melaksanakan ibadah umum dengan syarat mematuhi syarat yang ditetapkan. Bagi mereka yang memenuhi syarat tersebut, in sya Allah akan dapat keuntungannya.. Berbeza dengan mereka yang tidak mematuhi syarat tersebut, mereka turut tidak mendapat apa-apa keuntungan meskipun mereka turut melakukan perkara yang sama seperti makan, main dan tidur..

 Eh, apa syarat-syaratnya ya?

Mudah syaratnya.

1-Selari dengan syariat Islam. (kalau belasah orang sampai mati atas alasan ibadah memang tak boleh pakai la kot~)

2- Dilakukan dengan bersungguh-sungguh! (time buang air pun rasanya kenalah bersungguh-sungguh kan?)

3-Tidak mengabaikan perkara utama (stay up nak belajar sampai pagi tapi Subuh kantoi,yang ni tak bolehla...) Ataupun: Niat nak update blog dengan alasan ibadah tapi belum solat fardhu sedangkan dah lama masuk waktu~

4-Kerana Allah Ta'alaa..



Sila klik sekiranya sorotan mata anda tidak mampu membaca 
apa yang en.NaQib coretknan. :)

Hakikatnya,keempat-empat syarat tersebutdapat en.NaQib lihat sebagai beberapa komponen yang simbiotik. Saling memerlukan antara satu sama lain. Sekiranya salah satu daripada syarat tersebut tidak dipatuhi, maka amalan yang dilaksanakan itu tidaklah dianggap sebagai ibadah..(umum)

So,

Kalau kita patuhi syarat-syarat tersebut..

Makan itu ibadah....

Sembang itu ibadah...

Tidur itu ibadah...

Belajar  itu ibadah..

Blogging itu ibadah..

Blogwalking itu ibadah..
  
Jalan-jalan itu ibadah..

dan...

Tengok video ni pun ibadah...hehe. Percubaan pertama daripada en.NaQib yang pernah bercita-cita nak berkecimpung dalam dunia Vlog suatu hari nanti..(doakan ya!) Semoga dapat mesej yang disampaikan~  ^_^
   
 
  
# Yang paling penting, ibadah yang dilakukan bukanlah untuk mendapatkan ganjaran semata-mata,tetapi untuk menggapai redha-Nya. Kita cuba sama-sama ya? (:
                            

Monday, 11 February 2013

BEBAN? - Ayuh manipulasi!

  
  Beban. Ada yang menafsirkannnya sebagai muatan. Ada juga yang menafsirkannya sebagai tanggungan . Kedua-duanya benar . Istilah ini tidak asing bagi kita, selagi diri masih cakna. Selagi diri masih belum terlupa, belum terlena . Wujudkah insan yang tiada tanggungan? Pastinya tidak . Apa yang membezakannya hanyalah tahap beban tersebut . Boleh jadi besar, boleh jadi kecil .

   Diri mana yang tidak merasakan apa-apa bebanan dalam hidupnya. Pasti ada, walaupun sedikit. Ia datang dalam pelbagai bentuk . Mungkin dalam bentuk tanggungjawab. Mungkin dalam bentuk kelemahan .  Mungkin juga  dalam bentuk kegagalan meraih matlamat. Lantaran itu, terbitlah pelbagai keluhan dek bebanan yang dirasai...
 
"Erh, kenapa aku? "

"Bapak ah, malas nak fikir . "

" Sampai bila nak terus macam ni!

" Allah, beratnya tanggungjawab ni...

"Jadi budak-budak kan senang..tak payah pening otak!" 

Keluhan diungkap, kelemahan terus tersingkap .

Kechewa~

 Perihal beban, ayuh kita berfikir sejenak...

Andaikan kita dikehendaki mengangkat dua karung guni. 

(Situasi ini bermula di pintu rumah.)

Karung itu dihadiahkan oleh boss kita.

Kedua-duanya memiliki berat yang sama iaitu 15 kilogram!

Huh, berat bukan?

Namun, kedua-dua karung tersebut tidak menampung objek yang sama.

Karung yang pertama dipenuhi batu.
 

Karung yang kedua? Bukan batu, tapi emas!

Kedua-kedua beban tersebut perlu dibawa masuk ke dalam bilik.

Katakanlah rumah tersebut memiliki tiga tingkat.

Malangnya, bilik kita terletak di tingkat yang ke tiga!
  
Sejujurnya, memBEBANkan .

........................................................................................ 
  
Namun...secara logik akalnya,adakah kita akan mengabaikan terus kedua-dua guni tersebut?

Sudah pasti kita akan mengabaikan karung yang berisi batu dan berusaha mengangkat karung yang berisi emas bukan? :)  
Sanggup buang? ^_^ 



Inilah lumrah manusia. 

Mengapa kita tetap mengangkat karung berisi emas tersebut meskipun kita sedar bahawa proses mengalihkan objek tersebut merupakan sesuatu yang memBEBANkan?

Kerana kita NAMPAK manfaat emas tersebut. Pulangan yang lumayan pasti diperolehi apabila kita menggunakannya dengan bijak...

Kita SEDAR akan kegunaannya. Dengan emas, kita mampu mengecapi sesuatu yang kita idam-idamkan selama ini. Kita mampu melaksanakan suatu ibadah yang sangat mulia iaitu sedekah .

Kita juga YAKIN bahawa melepaskan emas tersebut merupakan suatu kerugian.... 

Berbeza dengan karung yang berisi batu,dibiarkan begitu sahaja. Kenapa? Fikir sendiri. :) 


Begitulah juga dengan bebanan yang kita semua tanggung...
Kita perlu NAMPAK SEDAR dan YAKIN akan kepentingan beban tersebut. 

Pada kebiasaanya, kita beranggapan bahawa bebanan yang kita tanggung merupakan sesuatu yang amat melecehkan malahan menyusahkan .
Oleh itu, ayuh manipulasi perspektif kita!

Terbeban dengan tanggungjawab yang menggunung?
Yakinlah bahawa ia suatu latihan yang Allah berikan ke arah menjadi seorang insan yang lebih bertanggungjawab..

Terbeban dengan komplikasi yang mencengkam diri?
Yakinlah bahawa kita akan menjadi insan yang kuat jiwanya seandainya kita mampu menghadapinya dengan tenang dan sabar...

Terbeban dek kegagalan meraih matlamat yang dimpi-impikan ?( gagal dapat mumtaz~)
Yakinlah bahawa tersembunyi seribu satu hikmah di sebalik kegagalan itu..
  
Yakinlah...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(2:286)
 


Syukur . :)  


#Sejujurnya, memang rasa agak terbeban bila result tak sebaik yang disangkakan...Huhu, cemburu tengok budak-budak pandai~ Apapun, alhamdulillah.. :D




  

Anda juga mungkin meminati:-