Bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana retina mata kita masih boleh berfungsi sehinggakan kita dapat melihat apa yang terpapar pada skrin monitor kita masing2....!! Bersyukurlah kerana tindak balas biokimia masih berlangsung dalam sel pada bahagian sitoplasma sel tersebut..!.Bersyukurlah kerana hidroklorik asid dalam perut kita masih boleh mencernakan makanan...!Alhamdulillah.....(kalau nak kira nikmat,mmg xkan habis!)
Jadi,tujuan aq menulis blog ni bukanlah untuk memenatkan mata anda semua dengan karangan yang panjang lebar(sorry,post sebelum ni pnjang sangat,hehe), bukan juga untuk meluahkan perasaan (macam tulis kat diari), tetapi untuk berkongsi ilmu yang aq mampu kongsi,supaya aq sendiri dapat input yang positif daripadanya..in sya Allah...
Aq sebenarnya mula tertarik dengan blog sejak aq terrrbace blog Hilal Asyraf, iaitu http://langitilahi.com.Hmm...pemantun sambestarilah yang telah men'jebak'kan aq ke dunia blog ni..Tak yah sebut nama dia pun dah tau kan?Ni blog die,.. http://perjakawawasan.blogspot.com/ ..Ok,jadi setelah aq meneliti penulisan Hilal Asyraf satu pe satu,dapatlah aq simpulkan bahawa blog ni memang bermanfaat KALAU kita pandai guna..Sebab apa?? Sebab dengan berblog(yg brmanfaat!) ,kita dapat :
-asah ilmu tajam2!!
-sharing ilmu....
-revise ilmu..!
-study BM.
-prbaiki diri
-dll.......
"Blog merupakan 'ledakan' masa kini dalam dunia maya. Ia semakin mendapat
tempat dalam kalangan manusia untuk meluahkan perasaan, mencatat diari,
malah untuk berkongsi ilmu. Jadi, ana memandang 'blog' ini sebagai satu
peluang untuk ana berkongsi sesuatu yang bermanfaat dan mengajak kepada
kebaikan...."
-Mujahid Ilmu-
Kata2 yang diintepretasikan melalui tulisan atas ni benar2 membuatkan aq tertarik, lantas mengetuk pintu hati aq untuk ber'blog'! Apapun, aq akan cuba usahakan untuk buat blog yang betul2 simple dari segi penulisannya,tetapi besar dari segi manfaatnya,insyaAllah..haha,post yg lepas panjang sangat,sorry3..Tapi,sesiapa yang dah terbaca, aq harap korang baca sampai habis....sebab dalam perjalanan cerita mmg banyak persoalan yang sememangnya mampu menggugat kte semua. Tapi..... jangan risau! Kat akhir cerita ada jawapannya....
Akhir kalam,...
Aq adalah seorang amatur,
Kalau salah harap ditegur!
Kalau salah harap ditegur!
#thanks sebab sudi mminjamkan masa n perhatian..! ^^
aikk..ada pantun gak..stylo!!
ReplyDeletehaha,pntun aq simple je...
ReplyDelete