Followers

Monday, 11 February 2013

BEBAN? - Ayuh manipulasi!

  
  Beban. Ada yang menafsirkannnya sebagai muatan. Ada juga yang menafsirkannya sebagai tanggungan . Kedua-duanya benar . Istilah ini tidak asing bagi kita, selagi diri masih cakna. Selagi diri masih belum terlupa, belum terlena . Wujudkah insan yang tiada tanggungan? Pastinya tidak . Apa yang membezakannya hanyalah tahap beban tersebut . Boleh jadi besar, boleh jadi kecil .

   Diri mana yang tidak merasakan apa-apa bebanan dalam hidupnya. Pasti ada, walaupun sedikit. Ia datang dalam pelbagai bentuk . Mungkin dalam bentuk tanggungjawab. Mungkin dalam bentuk kelemahan .  Mungkin juga  dalam bentuk kegagalan meraih matlamat. Lantaran itu, terbitlah pelbagai keluhan dek bebanan yang dirasai...
 
"Erh, kenapa aku? "

"Bapak ah, malas nak fikir . "

" Sampai bila nak terus macam ni!

" Allah, beratnya tanggungjawab ni...

"Jadi budak-budak kan senang..tak payah pening otak!" 

Keluhan diungkap, kelemahan terus tersingkap .

Kechewa~

 Perihal beban, ayuh kita berfikir sejenak...

Andaikan kita dikehendaki mengangkat dua karung guni. 

(Situasi ini bermula di pintu rumah.)

Karung itu dihadiahkan oleh boss kita.

Kedua-duanya memiliki berat yang sama iaitu 15 kilogram!

Huh, berat bukan?

Namun, kedua-dua karung tersebut tidak menampung objek yang sama.

Karung yang pertama dipenuhi batu.
 

Karung yang kedua? Bukan batu, tapi emas!

Kedua-kedua beban tersebut perlu dibawa masuk ke dalam bilik.

Katakanlah rumah tersebut memiliki tiga tingkat.

Malangnya, bilik kita terletak di tingkat yang ke tiga!
  
Sejujurnya, memBEBANkan .

........................................................................................ 
  
Namun...secara logik akalnya,adakah kita akan mengabaikan terus kedua-dua guni tersebut?

Sudah pasti kita akan mengabaikan karung yang berisi batu dan berusaha mengangkat karung yang berisi emas bukan? :)  
Sanggup buang? ^_^ 



Inilah lumrah manusia. 

Mengapa kita tetap mengangkat karung berisi emas tersebut meskipun kita sedar bahawa proses mengalihkan objek tersebut merupakan sesuatu yang memBEBANkan?

Kerana kita NAMPAK manfaat emas tersebut. Pulangan yang lumayan pasti diperolehi apabila kita menggunakannya dengan bijak...

Kita SEDAR akan kegunaannya. Dengan emas, kita mampu mengecapi sesuatu yang kita idam-idamkan selama ini. Kita mampu melaksanakan suatu ibadah yang sangat mulia iaitu sedekah .

Kita juga YAKIN bahawa melepaskan emas tersebut merupakan suatu kerugian.... 

Berbeza dengan karung yang berisi batu,dibiarkan begitu sahaja. Kenapa? Fikir sendiri. :) 


Begitulah juga dengan bebanan yang kita semua tanggung...
Kita perlu NAMPAK SEDAR dan YAKIN akan kepentingan beban tersebut. 

Pada kebiasaanya, kita beranggapan bahawa bebanan yang kita tanggung merupakan sesuatu yang amat melecehkan malahan menyusahkan .
Oleh itu, ayuh manipulasi perspektif kita!

Terbeban dengan tanggungjawab yang menggunung?
Yakinlah bahawa ia suatu latihan yang Allah berikan ke arah menjadi seorang insan yang lebih bertanggungjawab..

Terbeban dengan komplikasi yang mencengkam diri?
Yakinlah bahawa kita akan menjadi insan yang kuat jiwanya seandainya kita mampu menghadapinya dengan tenang dan sabar...

Terbeban dek kegagalan meraih matlamat yang dimpi-impikan ?( gagal dapat mumtaz~)
Yakinlah bahawa tersembunyi seribu satu hikmah di sebalik kegagalan itu..
  
Yakinlah...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(2:286)
 


Syukur . :)  


#Sejujurnya, memang rasa agak terbeban bila result tak sebaik yang disangkakan...Huhu, cemburu tengok budak-budak pandai~ Apapun, alhamdulillah.. :D




  

Friday, 25 January 2013

PERSAINGAN .

Larian dalam taman. :)
  
  Keringat tubuh mencurah keluar. Kuyup, lencun . Jasad ini terumbang-ambing dalam memburu aspirasi yang kian menjauh.. Langkah diorak makin berkurangan . Sedikit, demi sedikit... Asid laktik dirembes keluar tatkala tubuh ini berada dalam lingkungan sistem 'anaerobik'. Sebuah sistem yang tidak memerlukan oksigen bagi memecahkan glukosa . Namun,  perembesan asid laktik yang melebihi paras normal telah mengakibatkan kekejangan pada sebahagian tubuh ini. Erk, terutamanya perut. Huh,memang perit rasanya.. 

Ehem,inlah yang dinamakan PERSAINGAN.

Ada menang, ada kecundang.

Kekuatan fizikal tidak mencukupi.

Kekuatan mental perlu disusuli.  


Bukankah begitu? :) 



   Benar,persaingan adalah suatu kemestian dalam sebuah kehidupan. Seandainya tiada persaingan maka tiadalah kehidupan bagi kita. Kesinambungan yang utuh antara kecerdasan spiritual, emosional dan intelektual amatlah diperlukan dalam persaingan ini...

   Namun, adakah kita sedar bahawa kita sebenarnya mempunyai musuh yang giat berusaha untuk menyungkurkan kita di medan persaingan ini?

   Adakah kita sedar  bahawa kita juga mempunyai 'musuh dalam selimut' ? 

Tidak lain, syaitan dan nafsu .

Mahu bukti?

 Firman Allah SWT, "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu." (Al-An'aam 6:112)
 .....
 Allah SWT juga berfirman, "Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqarah : 168)


...dan,

 Allah menyebutkan, "Kemuncak perbuatan derhaka manusia bertuhankan nafsu adalah Allah menyesatkan mereka dan menutupkan pandangan mereka daripada melihat kebenaran. Mereka terus tidak mengenal Allah dan agama yang benar..." (Al-Jasiyah : 13)

ehem . -muhasabah-

  Ehh, TUNGGU!

Kita perlu ingat bahawa kita ada hero perlu kita teladani untuk menewaskan musuh tersebut!

Kita perlu ingat bahawa hero kita adalah insan yang paling berpengaruh dalam lebih 'bertrillion-trillion' manusia yang hidup sepanjang zaman . 

Kita perlu ingat bahawa dialah yang terbaik dalam kalangan sebaik-baik kejadian .

Dialah Muhammad, pesuruh Allah! Hebat bukan?  :)

Namun..
Kekaguman sahaja tidak mencukupi...

Kecintaan terhadap baginda disulami inisiatif meneladani baginda adalah jalan yang terbaik. 

Ayuh kita usahakan bersama! :D

Saturday, 12 January 2013

Bahtera Ini...


Kian hanyut dilambung ombak,
Kian reput, mudahnya retak,
Mudah tersentak...

Dari terik mentari,
Sehingga pekat dinihari,
Bahtera ini acapkali dicemari,
Seringkali dipandang sepi,
Oleh sang nakhoda,
Yang mudah terlena .

Tika merentas samudera maya,
Tika menongkah arus dunia,
Beradu sembilan sama satu,
Kadang sungkur...
Kadang maju...
 

Kadang diam terus membatu .


Pernah juga suatu ketika,
Bahtera ini disokong utuh,
Berdiri teguh,
Walau perit disanggah musuh..
 
Namun,
Ada waktu dibiar lompong,
Ada waktu terbiar kosong,
Saat dibiar, terbang melayang...
Sampaikan tidak lagi benderang!
Lantaran itu....
Bahtera ini wajar disinari,
Juga perlu dihiasi,
Dengan mutiara iman,
Pelengkap bahtera...

Kini nakhoda cuba berdiri,  
Melempar muatan ke laut dalam..
Yang pernah mengisi bahtera ini,
Andai  dibiar...pasti kan karam .


Anda juga mungkin meminati:-