Followers

Thursday, 16 August 2012

-TENTANG DIA-


Dia,
pemerhati dunia sejagat,
memanifestasikan karya di luar kotak pemikiran,
di luar jangkauan minda......

sejujurnya,
sukar untuk ku fahami apa yang ditafsirkannya!

melainkan sedikit,..
sudah puas ku selak lembaran leksikon satu persatu,

sudah puas ku 'search' perkataan yang tidak ku fahami....
masih tidak ku jumpa makna ayat,
meskipun ku mengerti akan makna kalimah itu.

persoalannya di sini...,siapakah dia???

hmm...insan yang dimaksudkan ialah....



-MALIQUE IBRAHIM-




             Ya,insan yang dimaksudkan ialah bro Malique Ibrahim! Beliau adalah pakar bahasa di  mataku selain guru-guru yang pernah mendidikku dengan penuh keikhlasan seperti Cikgu Siti,Cikgu Ummi,Cikgu Kasmani,Cikgu Wahdi , Cikgu Raouf dan lain-lain....Untuk pengetahuan semua,bro Malique Ibrahim bukanlah seorang cikgu,pensyarah,ahli politik mahupun sasterawan negara,....tetapi beliau adalah seorang RAPPER! Seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi, karya beliau memang agak sukar difahami dek ketinggian  bahasanya! TAK PERCAYA?? Cuba baca serangkap daripada karya yang dihasilkannya:-


Atur sepuluh daktil batal yang batil,
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil,
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil,
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil.

                                                               -lirik>aku maafkan kamu-

           Huhu,faham tak? Siapa yang faham memang aku tabik! Yang pasti, kebanyakan karya yang dihasilkan sememangnya terkandung seribu satu makrifat implisit yang perlu difahami...dan karya tersebut juga mengandungi banyak input positif yang boleh diambil...Sebagai deduksi, SESIAPA SAHAJA BOLEH JADI HEBAT,...kerana setiap daripada kita memiliki kebolehan yang tersendiri... =D

# nantikan sebuah intepretasi mengenai lagu 'Perang Dah Tamat'(karya bro Malique Ibrahim) dalam post yang akan datang...^^


glosari:- 
  • memanifestasikan  - melahirkan
  • leksikon  - kamus
  • daktil - jari
  • diisolasi - dipencilkan
  • makrifat -makna
  • implisit- tersirat
  •  intepretasi - tafsiran
  • deduksi - kesimpulan

Saturday, 4 August 2012

KeRtAs~


Ku duduk di tepi jendela, ku nikmati angin Dhuha yang bertiup, mataku melirik ke arah timbunan kertas di penjuru kamar beraduku... Imej objek tersebut jelas terpampang pada retina mataku....Tatkala itu, sehelai kertas yang direnyuk benar-benar mengundang perhatianku.Kata-kata insan yang bergelar lilin  berlegar-legar di fikiranku, menerjah kotak mindaku...







"..kepercayaan umpama kertas, setelah direnyuk, ia tidak mungkin sempurna seperti sediakala..(walaupun diseterika dengan seribu satu cara!!)"

hmm...kertas,sememangnya terkandung makrifat implisit,
sasaran pena memuntahkan tintanya,

 

kertas,meskipun ketebalannya tak terjangkau  sepersepuluh sentimeter,
impaknya dirasai di segenap penjuru dunia...

natijahnya,
insan menelusuri ilmu menggunakan kertas,..
insan menentukan kismatnya dengan kertas...
alam juga dicemari dengan renyukan kertas...
 


PhD,Master,Degree,STPM,SPM,PMR hatta UPSR sekalipun,
tak mungkin dikecap jayanya tanpa sehelai kertas..

kutub khanah,ensiklopedia,kitab,kamus dan apa yang seiringan dengannya ,bermula dengan sehelai kertas...
 
 

Dollar,Dirham,Dinar,Rupee,Rupiah dan Ringgit,
Nilainya tercatat pada sehelai kertas..

 

bumi yang dahulunya tidak dicemari,
kini dicemari  gumpalan kertas  tepian jalan..


kertas,..manfaat atau mudarat?(u decide!!) =
D
 




Saturday, 21 July 2012

LEARN-TAKE!!

    

........... Kelenjar peluhku kian aktif..Keringat membasahi tubuhku. Perasaan cemas menyelubungi hatiku. Daktil-daktil ku genggam erat,sekadar penenang jiwa. Namun,  hormon 'adrenalin' ku terus merembes keluar dek kerisauan yang tidak bertempat. Peluang  terakhir ku  ini perlu ku rangkul.  Aku mengorak langkah, menuju palang yang perlu ku lepasi. Di mindaku, hanya kegagalan yang tergambar sementara kejayaan hanya sekelumit. Aku melonjak, melayangkan tubuh ku dan..... "Plaaaang3x", bunyi palang yang jatuh menyusuli rebahanku ke atas tilam yang empuk  Akhirnya,aku  tewas jua. Palang yang mencabarku ini tidak mampu ku lepasi. Fizikal ku terganggu,begitu juga mental ku. Hakikatnya,segalanya bermula dengan...PERASAAN!.>>

     Hahaha, ni lah situasi aq time msuk lompat tinggi,cuak!Mula2 ok,140cm lepas,141 pun lepas, sampai 145 je trus sangkut..Apapun, aq dapat belajar sesuatu daripada acara yg aq sertai 2 minggu lalu...Ini adalah antara insan yang berjaya memenangi acara tersebut(tahniah!!)




                                      Syamim!!(perak)

 
Ansar...(Emas!!)

       Hmmm...Walaupun x menang,aq dapat belajar satu perkara daripada acara ini. Berdasarkan 'observation' yg telah aq buat , dapatlah aq simpulkan bahawa sukan lompat tinggi adalah analogi mengenai sebuah kehidupan. (err...ye ke?) Ok,cuba kita fikirkan bersama.. 

              Sebelum pertandingan, peserta perlu melakukan persedian mental dan fizikal....kedua-duanya saling memerlukan. Dalam hidup kita, persediaan mental dan fizikal perlu kita lakukan untuk menghadapi sebarang situasi. Mental kita perlu berada dalam keadaan yang positif manakala fizikal juga perlu berada dalam keadaan yang baik dan terhindar daripada penyakit, barulah dapat membuahkan hasil yang memuaskan..Betul x??

             Semasa pertandingan, palang yang terletak antara dua tiang adalah rintangan yang perlu kita  lepasi. Untuk melepasi palang tersebut, kita mesti titikberatkan semua aspek. Antaranya ialah lajakan, lonjakan, pernafasan dan koordinasi. Teknik dalam lompatan  pun mesti efektif... Antara teknik yang paling efektif ialah teknik 'Fosbury Flop' ,lompatan yang dilakukan dengan melentikkan badan. Contohnya macam ni>>>>>

               Atlet lompat tinggi Malaysia,Lee Hup Wei..

                
                Ok,dalam kehidupan kita pula, kita tak kan terlepas daripada rintangan dan cabaran. So,untuk menempuhi rintangan tersebut, kita mesti titikberatkan segala aspek. Antaranya ialah mental, fizikal, emosi dan rohani...Dalam mengharungi arus kehidupan, kita juga perlu LEARN-TAKE (bukan lentik,haha)...Maksudnya,kita patut belajar (learn) daripada pengalaman yang kita lalui dan kita juga hendaklah ambil (take) pengalaman tersebut sebagai pembakar semangat......

               Hasilnya, peserta yang mengaplikasikan teknik yang efektif dapat menikmati keempukan tilam sebaik sahaja rebah ke atasnya tanpa disusuli bunyi palang yang jatuh ke tanah(Plaaaaangx3).Begitu juga dengan kita... Seandainya kita menempuhi arus kehidupan di dunia ini dengan cara yang betul, berlandaskan keimanan yang hakiki, melalui jalan yang lurus, pasti kita akan menikmati pembalasan yang tidak terhingga di akhirat kelak (syurga!) In sya Allah....
                

# semoga berjaya dalam menempuh Ramadan al-Mubaraak...hehe,jgn lupa LEARN-TAKE!! =D
  
                 


Anda juga mungkin meminati:-