Kalimah yang membentuk nama ku berkemumandang di ruang udara dewan, menandakan giliran sudah tiba. Tubuh yang pada mulanya hanya biasa, kini seakan mula sejuk meskipun tiada kewujudan salji di sekeliling.
Langkah diorak dengan berjaga-jaga. Air wajah cuba ku zahirkan ketenangannya dengan hasrat menyembunyikan atma yang semakin berkocak. Jari-jari ku kepal erat, sekadar penenang jiwa. Inilah masanya! Sekelumit detik yang menentukan antara...
menang atau kecundang,
maju atau sungkur,
serta bangga atau kecewa..
Saat itu,kelibat tubuh ku di atas pentas sememangnya sudah terpampang pada retina mata penonton-penonton yang ada di situ. Namun,kehadiran aku di atas pentas sebagai tumpuan utama ,
telah diuji dengan sesuatu yang mencucuk,
malah menusuk dalam ,
sehinggakan mampu membuatkan aku terduduk..
Objek berbisa,itulah JARUMM .
Ya,mungkin situasi ini yang dialami oleh mereka yang pernah berucap/berpidato/bersyarah di khalayak ramai. Rasa berdebar? Itu normal. Rasa takut? Itu pun normal. Insan yang berdiri di hadapan penonton untuk bersyarah or berpidato sememangnya akan diserang oleh 'objek' yang agak berbahaya..
Objek itu tidak menyerang jasad sebaliknya menyerang jiwa. Sanubari akan rasa 'tercucuk' atau 'tertusuk' dengan objek tersebut sehinggakan kadangkala mampu membuatkan kita terduduk! Sekali lagi, itulah JARUM .
Dan apa yang membanggakan,dalam komuniti bumi Bestari terdapat insan yang berjaya menangkis segala tujahan jarum-jarum tersebut sehinggakan mampu dinobatkan sebagai Johan Syarahan MTQ Kebangsaan! Jejaka tersebut ialah..
![]() | |||
Syamim Muhaimin bin Abdull Shata! |
Pencapaian:
Johan Syarahan Amal Islami,zon.(2010)
Johan Syarahan Amal islami,zon.(2011)
Johan Syarahan Amal Islami,negeri.(2011)
Johan Syarahan MTQ,zon.(2012)
Johan Syarahan MTQ,daerah.(2012)
Johan Syarahan MTQ,daerah.(2013)
Johan Syarahan MTQ,negeri.(2013)
Johan Syarahan MTQ, kebangsaan! (2013)
(baru syarahan,belum campur debat+bola tampar+TEATER,haha.)
FAKTA : Dalam 1 134 792 pelajar sekolah menengah dekat Malaysia(fakta betul bukan tipu), tiada yang mampu menangkis tujahan jarum yang bertalu-talu melainkan Syamim yang paling gagah melawan tujahan tersebut dalam arena syarahan! (huhu,GAGAH ke? )
Ehh,TUNGGU!
Dari tadi asyik sebut jarum, jarum , jarum.
Jarum yang dimaksudkan bukanlah perumpamaan kepada tubuh juara kita ni,bukan bukan.
Jarum yang ingin saya maksudkan terbahagi kepada dua...
![]() |
Ouch! |
- Jarum yang memedihkan malah menyakitkan!
Bagi yang lemah, mereka akan bertambah lemah apabila tertusuk dengan 'jarum-jarum' tersebut. Maka, penyampaian mereka menjadi hambar dan kurang meyakinkan .. Jarum ini berbeza dengan jarum yang kedua...
![]() | |
Tajam! |
2. Jarum suntikan yang membekalkan SEMANGAT dan HARAPAN...
Seperti biasa, 'jarum' ini juga menyakitkan seperti jarum-jarum yang lain. NAMUN, di sebalik kesakitan tersebut tersembunyi seribu satu kebaikan. Wujudnya penawar, wujudnya antibodi!
Penonton ataupun suasana di hadapan kita apabila berucap di khalayak ramai kadangkala mampu membekalkan SEMANGAT dan HARAPAN kepada kita. Jarum inilah yang sepatutnya 'dicucuk banyak-banyak' dekat insan yang berucap itu! Baru bertambah kuat.
Natijahnya, TERPULANG bagaimana kita hendak menganggap jarum itu, sekadar tusukan atau suntikan.
Kita yang menentukannya.
Ironinya,
fenomena ini bukan sahaja berlaku di atas pentas pertandingan,
tetapi juga PENTAS KEHIDUPAN .
Kita tak akan terlepas daripada tusukan jarum yang menyakitkan malah memeritkan, perkara ini pasti. Jarum itu adalah UJIAN.
Kita juga masih belum layak dianggap sebagai insan yang beriman andai kita tidak diuji. Ya, untuk menjadi insan yang hebat kita perlu diuji.
Hatta RASULULLAH S.A.W(jangan lupa selawat.. ^_^) sendiri telah ditusuk dengan 'jarum-jarum' yang bertalu-talu sebelum berjaya meluaskan sinar Islam ke serata alam. Namun, baginda tidak menganggap ujian yang melanda sebagai 'jarum' yang hanya memedihkan sebaliknya menganggap betapa 'jarum' itulah yang menguatkan lagi baginda untuk menjadi insan yang bertakwa.
Jiwa Rasulullah S.A.W sentiasa tertusuk dengan suntikan semangat meneruskan kehidupan,
bukannya tusukan yang merebahkan jasad di tengah jalan..
Bagaimana pula dengan kita ya? Fikirkan .
Terpulang.
Jarum : Sekadar tusukan atau suntikan?
Kita yang tentukan .
p/s: Arena pidato memang banyak mengajar diri ini dalam membina peribadi dan memperkasa mentaliti.Apapun ,tahniah untuk Syamim!
tujahan ... lol .. fizik :)
ReplyDeletepencinta fizik~ :D
ReplyDeleteTerbaiik + mantap + hensem + kacak + log terbaik giler + .. aku harap dapat jadi blogger macam dia AMEN NAQEEB AHMAD NAZRI . haha
ReplyDeleteopps, yg NAQEEB tu typo ea? haha.
DeleteTapi sangat susah nak kawal rasa gemuruh bila di khalayak ramai. Lagi lagi bila di sycho. Heh.
ReplyDeletesuatu hari nanti in sya Allah bolehhh. keep trying. orang yang komen ni pun time FORM 4 baru berani cakap kat khalayak ramai...(FAKTA) :)
ReplyDeletewah...tu amen ker? tahniah...
ReplyDeletetringat dulu zaman fiq skolah...
masuk debat...
huhu... :)
yg menang tu kawan,amen jaguh kampung je..hee~
ReplyDeletecikgu fikri dulu mesti ebat kan? :D