First of all, bismillahirrahmaanirrahimm...
Alhamdulillah, kali ini penulis tak tidur lepas Subuh.Hmm,...rasa terpanggil pula nak kongsi berkenaan topik yang cukup hangat berkaitan dengan tarikh hari ini iaitu kiamat. Semasa kita menggunakan laman sosial Facebook dan Twitter, pasti ada segelintir yang yang sibuk meng'post' ataupun men'tweet' pasal 21/12/2012 bukan? Antaranya..
" World News: End Of The World Postponed. LOL Kesian aku tengok. Hahaha Bodoh2"
"According to Mayans calendar the actual date of an apocalypse is October 21, 4772, lies more than 2500 years in the future." DAH PULAK"
"Eh guys, u know y the Mayan calendar ended on the 21st December? Cos they malas to write down ready la. Kim**, if me I also malas sial"
"21/12/2012 dan saya akan tidur nyenyak malam nie. Yeay."
dan bermacam-macam lagi.....PERSOALANNYA.
Meskipun memang terbukti bahawa tanggal 21 Disember 2012 bukanlah hari kiamat, namun.. adakah kita bersedia seandainya kita ditakdirkan hidup pada fasa berlakunya tanda-tanda besar kiamat?
Adakah kewujudan filem 2012 hanyalah sekadar gurauan?
Adakah kewujudan filem 2012 hanyalah suatu doktrin bagi mempengaruhi masyarakat dunia?
Mungkin ya,mungkin tidak.
Persoalan terakhir.
Adakah kewujudan filem 2012 digunapakai sebagai 'jarum suntikan' bagi menambahkan keLALAIan pada umat Islam supaya beranggapan bahawa kiamat itu lammmbaaaaatttt lagi?
LALAI. Jasad longlai, minda terkulai. (na'uuzubillaahi min zaalik.)
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
Sumber: www.islamituindah.my
Wahai saudara dan saudari pembaca yang disayangi sekalian...adakah kita bersedia?
Hakikatnya, kita perlu sedar bahawa kiamat itu memang hampir. Namun hanya Allah sahaja yang mengetahui bila fenomena tersebut akan berlaku. Tidak mustahil sekiranya kita ditakdirkan hidup pada fasa kemunculan Dajjal yang merupakan salah satu daripada tanda-tanda besar kiamat.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita sememangnya amat memerlukan pegangan yang cukup kuat dalam melayari samudera kehidupan hari ini yang kian mencabar. Adakalanya gagah,adakalanya rebah. Saat cuba menongkah,ternyata masih goyah. Terutamanya diri ini yang cukup lemah. Maaf dipinta seandainya diri ini hanya pandai mengingati namun kadangkala masih jua tersungkur..
Sama-sama kita doa,kita usaha. Wallahu a'lam.
Sekali lagi,harap maaf.
benar,kiamat sudah dekat..hanya Allah yang mengetahui.
ReplyDeleteteruskan usaha enta :)
ReplyDeletekecik sgt dunia blog ni aku boleh jumpa blog kau. kau komen dkt angel pakai gucci. hah anyway good blog, keep it up.
ReplyDeleteTweet pertama yang kau petik tu macam tau je siapa punye. Hehehe
ReplyDeleteoh,terasa pedas ek? haha .
ReplyDeleteangin baju menerpa ke mukaku seakan hadir melalui keluar dari skrin ini , blog yang berjaya menyelubung diri yang hina ini . haha , bantai jehh
ReplyDelete