Followers

Sunday, 9 December 2012

Hero VS Zero !




     Bahang mentari tegap menghangat. Kala itu, aku mengatur langkah, mengatur helah.... Musuh di hadapanku ini bukan calang-calang orangnya. Andai tersilap langkah, maka maut datang menerjah. Matanya bengis menyeringai. Aku tenang berdiri, meskipun terbit goyah di hati. Angin fajar terusku hirup sedalam-dalamnya hingga langsai hutang nafasku. Parang tumpul ku genggam erat. Saat tenang......terusku serang!


     Maka, tercetuslah pertempuran antara aku dan dia, sang durjana. Serangan demi serangan aku tempuhi. Ternyata, sang durjana itu jauh lebih hebat daripada apa yang aku bayangkan. Amat ganas. Mungkin disebabkan kuantiti hormon testosteronnya yang melebihi paras normal..siapa tahu? Dia terus menghunus parang ke arah ku tanpa henti sementara aku hanya mengelak....mengelak....dan mengelak. Tanpa diduga, parang itu dicampakkannya ke arah jasadku! Lantas, cecair merah melimpah keluar..makin ditadah, makin meruah...

   Lantaran itu,barulah ku sedari...jasadku sudah lama rebah. Bukan di atas tanah,sebaliknya di atas.........katil!






         Ok, tadi semua mimpi. Mimpi jadi hero! Lawan orang jahat. Haha, cuba ingat balik masa kita kecil-kecil dulu....mesti ramai yang teringin nak jadi superhero kan kan kan? Ada yang nak jadi Superman...Spiderman... or Batman... Standard lah bagi budak-budak. Biasalah tu kan...Tapi, apa maksud hero ya? Hmm,...definisi hero ialah orang yang terkenal atau disegani kerana keberanian, kegagahan, peribadi yang mulia dan lain-lain. Kalau tak pasti, cuba selak kamus...mesti jumpa lah!

          Kalau kita tengok semua 'super hero' yang terpampang pada kaca televisyen, semua ada kelebihan bukan?

  Kalau Superman boleh terbang....badan pun kuat.
 
  Kalau Spiderman boleh melekat dekat dinding...

 Kalau Hulk boleh jadi besar..

 Kalau Cyclop boleh keluarkan laser melalui mata!

Woa,semua hebat-hebat.......


     
     Yang pastinya, semua ada kelebihan. Ya, KELEBIHAN. Hakikatnya, kelebihan yang dimiliki oleh hero-hero tersebut hanya terdapat dalam imaginasi manusia sahaja...Namun, perlu diingat bahawa hero sebenar adalah kita! Itupun kalau kita aplikasikan KELEBIHAN kita supaya berguna buat diri sendiri dan masyarakat. Kita semua perlu sedar bahawa setiap manusia itu ada BAKAT yang tersendiri. BAKAT itu perlu dicungkil malah diasah.Jangan biarkan ia terus terpendam,kusam.

Bakat anda melukis?

Asah bakat anda! Siapa tahu mungkin anda akan jadi arkitek Islam yang hebat malah disegani seperti Mimar Sinan..


Bakat anda menulis?
Asah bakat anda! Anda boleh dekatkan diri anda dan masyarakat kepada Allah S.W.T seperti mana yang dilakukan oleh Hamzah al-Fansuri...


Bakat anda berniaga?
Asah bakat anda! Mana tahu anda akan berjaya menjadi usahawan yang amat berjaya meskipun banyak wang yang anda sedekahkan. Misal yang terbaik, Abdul Rahman Auf ..


Anda tiada bakat?
Anda silap. Cungkil bakat anda, pasti anda jumpa!


Senjata.


    Ya, hero mestilah ada senjata.....betul tak? Sebenarnya lah kan, setiap daripada kita mempunyai senjata yang memang 'tip-top', terbaik. Jauh lebih hebat daripada M16, AK47, Lee-Enfield SMLE, dan Steyr AUG. Huhu, mantap habis! Tak syak lagi,senjata tersebut ialah...
Doa.


Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu...(Surah Ghafir: 60)

     

   Konklusinya, jadilah benih yang baik...dicampak ke laut menjadi pulau! Maknanya, jadilah individu yang berguna buat masyarakat kalau kita benar-benar 'hero'. Paling 'cikai' pun, kita wujudkan keamanan dengan menjauhkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang menggugat keselesaan awam...Itu pun berguna jugak! Jangan pula jadi macam tin kosong. ZERO. Tak berguna .

    Anda hero atau zero? You decide! :D

# Kalau nak berjaya..ingat DUIT! Doa->Usaha->Ikhtiar->Tawakkal.^^( dah baca tu kalau boleh komen lah ya!Mengharaaap sangat.) :D

8 comments:

  1. bakat itu memang perlu diasah... mungkin boleh detect dari minat. Latihan pun perlu untuk perfect-kan.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. test la wat cerpen pendek pulak,,
    mimpi kau mcm best je! (*tapi aytnye,berpinar2 mate aku nk bace* -,-)

    ReplyDelete
  3. Cuba check post-post sebelum ni...ada 3 cerpen. (:

    ReplyDelete
  4. hero sbnr ialah rasulullah s.a.w...jdikn baginda sebagai contoh dlm kehidupan

    ReplyDelete
  5. yup,setuju 100%! Impaknya dapat dirasakan sampai hari ini. Rasulullah sebaik-baik hero.

    ReplyDelete
  6. hmm..super hero?? prumpaan yg ckup baik bgi mnggambrkan btape bsarnye keinginan sseorang utk jdi hbat dlm ssuatu pkara..(kan ade pkataan 'super'.. ) mcm yg disbut pakcik Spiderman Uncle Ben
    :" where there is great power, comes great responsibility"
    sume nye berbalik kpd kita..sme ade nk manfaatkan kliebihan yg ade pd diri.. YA ALLAH.. 'tunjukilah kpd kami jalan yg lurus' (Al-fatihah:6)..amin!

    ReplyDelete
  7. Superhero yang kau sebut semua dari barat.. dalam otak aku bila nampak perkataan hero tu cuma Ultraman ja.. haha.. sorry melawak tak lawak..


    But, aku suka post kau! teruskan lagi!!
    (buat la novel, then hantar kat mana2 pennerbit.. dapat income maa)

    ReplyDelete
  8. Rain Heart: haha,terlupa lak ultraman.Btw,thanks 4 the suggestion.^^in sya Allah kalau panjang umur nak try buat novel lak...(SPM dulu!) :D

    ReplyDelete

Anda juga mungkin meminati:-