Followers

Tuesday, 4 December 2012

5 Fakta Sains Tentang Wanita yang Ramai Tidak Tahu


Assalaamualaikum semua! Bismillahirrahmaanirrahiimm.....^^

      Baiklah,awal kalam...ingin penulis nyatakan di sini bahawa duduknya diri ini di hadapan komputer bagi menulis entri ini bukanlah kerana penulis pakar tentang tajuk di atas, sebaliknya disebabkan kelemahan penulis sendiri bagi memahami kaum tersebut.. Semua tahu bukan?Tanpa IBU dan NENEK, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Mereka adalah wasilah(penghubung)antara alam roh dan alam dunia. Jadi ...kasihilah mereka!^^ Berikut adalah 5 fakta sains mengenai wanita....

  1.  PENGLIHATAN
         Mata adalah sebahagian daripada otak yang berada diluar tempurung kelapa. Retina yang terletak di belakang biji mata mengandungi lebih kurang 130 juta sel berbentuk batang yang dipanggil fotoreseptor.Sel ini berfungsi memproses warna hitam dan putih juga 7 juta sel berbentuk kon yang memproses imej berwarna

      Bagi kaum hawa, mereka mempunyai mempunyai dua kromosom x (menghasilkan sel-sel berwarna) dan ini menjadikan mereka memiliki kon yang lebih banyak daripada lelaki. Perbezaan ini dapat dilihat apabila perempuan memberi gambaran terperinci tentang warna.Lelaki akam menggunakan warna-warna asas seperti kuning dan biru manakala wanita bercakap perihal kuning langsat dan biru laut.


      Berdasarkan kajian yang dilakukan, bayi perempuan yang berumur 12 bulan dapat membezakan antara ahli keluarganya dengan orang yang tidak dikenali sementara bayi lelaki tidak. Kanak-kanak perempuan pula mampu mengingati wajah manusia dan gambaran emosi mereka manakala kanak-kanak lelaki lebih mengingati objek dan bentuknya.



                                "Selain itu, periferi mata mereka juga berbeza..."
    

    
     Ya, pasti ada yang tertanya-tanya,,,apa itu periferi? Baiklah, periferi adalah lingkungan sekitar penglihatan mata kita. Apa yang kita lihat apabila kita memandang lurus ke hadapan maka itulah periferi mata kita. Kita tidak dapat melihat ke belakang apabila kita memandang ke hadapan kerana kawasan belakang itu tidak termasuk dalam periferi mata. 

   
     Golongan perempuan bukan sahaja memiliki kon yang beraneka jenis dalam retina mereka, bahkan mereka juga mempunyai penglihatan periferi yang lebih luas jika dibandingkan dengan lelaki. Kebanyakan wanita mempunyai periferi yang mampu mencapai 180 darjah.Perlukan bukti?

    Pada tahun 1997 di United Kingdom,seramai 4 132 pejalan kaki kanak-kanak terbunuh ataupun tercedera di jalan raya. Daripada jumlah itu, 2 640 adalah kanak-kanak lelaki dan 1 492 pula kanak-kanak perempuan. Di australia pula,jumlah kanak-kanak lelaki yang terkorban adalah dua kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan . Penglihatan periferi kanak-kanak lelaki yang kecil adalah antara faktor perbezaan kuantiti kemalangan di samping sikap mereka yang suka mengambil risiko apabila melintasi jalan raya.


      2.PENDENGARAN..
 
    


      Untuk pengetahuan semua, ketika berusia satu minggu, bayi perempuan dapat mengenali suara ibunya dan juga bunyi tangisan bayi lain yang berada dalam bilik yang sama. Namun, tidak bagi bayi lelaki. Bayi lelaki hanya menggunakan otak bahagian kiri bagi mendengar manakala bayi perempuan menggunakan kedua-dua belah otak. Otak perempuan mampu mengasingkan, mengkategorikan bunyi dan seterusnya bertindak sewajarnya mengikut setiap bunyi  yang didengarinya

       Inilah sebabnya perempuan dapat berbual dan mendengar pada masa yang sama apabila sedang melakukan perkara tersebut. Faktor ini juga membuktikan mengapa kaum lelaki tidak dapat berbual dengan baik apabila terdengar bunyi televisyen. Pada kebiasaannya, kaum lelaki akan menyuruh orang lain berhenti bercakap dan menutup televisyen(atau terus keluar dari situ) apabila telefon berbunyi sebaliknya perempuan terus menjawab telefonnya.
  
          Pada tahun 1999, syarikat komunikasi British, Telewest menjalankan kaji selidik ke atas seribu pengguna telefon. Satu pertiga daripada wanita mengatakan panggilan mereka mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit manakala separuh daripada lelaki mengatakan panggilan mereka mengambil masa kurang dari lima minit.

  



         3. OTAK! :)

    

 

     Otak! Hemisfera otak kanan dan kiri dihubungkan oleh gumpalan saraf halus yang dipanggil corpus collosum. Komponen ini membolehkan kedua-dua otak berkomunikasi dan saling bertukar maklumat. Pakar neurologi dari Universiti California yang bernama Roger Gorski  mengesahkan bahawa otak wanita memiliki corpus collosum yang lebih tebal daripada lelaki .

       Otak kanan dan kiri mereka juga bersambung 30% lebih banyak daripada lelaki. Beliau juga membuktikan lelaki dan wanita menggunakan bahagian otak yang berlainan ketika melakukan perkara yang sama . Saintis-saintis di tempat lain turut merumus pertemuan tersebut.



        Oleh sebab itu, perempuan kebiasaannya  dapat menyusun kata dan ungkapan dengan lebih teratur serta memilih jenis perkataan yang dapat menggambarkan perasaan. Lantaran itu, perempuan akan lebih banyak berkata-kata apabila mereka beremosi manakala lelaki pula hanya berdiam diri sekiranya mereka beremosi. Namun, lelaki yang benar-benar emosional dapat 'bertukar' menjadi reptilia


   
      
   Kajian mendapati bahawa otak kiri kanak-kanak perempuan berkembang lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak perempuan dapat bertutur dan membaca  lebih awal dan lebih baik apabila dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki. Namun begitu, otak kanan kanak-kanak lelaki lebih cepat berkembang daripada otak kanak-kanak perempuan. Perkara ini membuatkan kanak-kanak lelaki memiliki kemahiran spatial(ruang), tafsiran dan logikal yang lebih baik....


 4. PERTUTURAN .
        
        Sebahagian besar keupayaan bertutur bagi wanita terletak di hemisfera  kiri hadapan dan bahagian yang lebih kecil terletak di hemisfera kanan. Kelebihan tersebut membuatkan wanita hebat berbicara. Dengan adanya bahagian khusus yang mengawal pertuturan, wanita menggunakan bahagian -bahagian lain bagi melakukan perkara lain. Oleh itu, wanita berupaya melakukan banyak kerja sambil bercakap.

      Untuk pengetahuan semua, lebih 70% guru-guru subjek bahasa di Barat terdidri daripada golongan perempuan . Fakta ini jelas menunjukkan wanita mendominasi subjek-subjek yang memerlukan kemahiran verbal otak kiri.  Mereka memiliki kelebihan dalam bahasa dan kemahiran bertutur kerana mereka memiliki kawasan khusus di dalam otak untuk tujuan itu. 

 
        Selain itu, dengan memiliki bahagian khusus di dalam otak bagi pertuturan, kanak-kanak perempuan dapat mempelajari bahasa asing dengan lebih cepat dan mudah berbanding kanak-kanak lelaki. Ini juga menjelaskan bahawa mengapa kanak-kanak perempuan memiliki perbendaharaan kata dan kebolehan mengeja yang lebih baik berbanding kanak-kanak lelaki...
 


     5. Hormon Progesteron !

         
        Tanpa disedari, hormon progestron anda sedang dibebaskan(sekiranya anda wanita) apabila anda melihat gambar-gambar bayi  yang dipaparkan! Ini adalah fakta .Hormon Progesteron adalah hormon yang memupuk perasaan keibuabapaan. Penyelidikan menunjukkan bentuk bayi mencetuskan pembebasan hormon ini. 

       Tindak balas terhadap bentuk ini begitu kuat sehinggakan hormon ini juga dibebaskan apabila wanita melihat bentuk-bentuk  seperti  bayi  pada  beruang  mainan.(Teddy Bear!)
Inilah puncanya mengapa permainan seperti patung beruang dan anak-anak haiwan laris dijual kepada kaum perempuan. Permainan yang kurus dan panjang pula kebiasaannya tidak berapa laku apabila dijual...


   # Harap anda suka. Komen anda amat diharapkan bagi penambahbaikan....Jangan terkejut, bayi pada gambar di atas adalah gambar penulis  pada 15 tahun yang lalu !hehe.^^
   
    Abdullah bin Amr radhiallahu ‘anhuma meriwayatkan sabda Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam:"Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah." (HR. Muslim no. 1467)

Sumber: Beberapa laman web dan buku ilmiah .
          

8 comments:

  1. perghhh...15 minit panggilan...

    ReplyDelete
  2. terharu. :p
    nice info amen. keep it up. :)

    ReplyDelete
  3. Ak nak tahu cmne na ngorat pompuan lagi senang..hehe :p
    niceone :)

    ReplyDelete
  4. good sharing bro.
    THanks singgah my blog!
    Follow sini.. :)

    ReplyDelete
  5. waahhh..hebatnye otak pompuan
    kite sbgai laki2 msti klhkn pompuan
    #btnding ngan care yg btol

    ReplyDelete
  6. tq fr info bro..bagus sgt..yg part perempuan bila beremosi tu btol sgt2..hehe..

    ReplyDelete
  7. subhanallah ! sangat menarik . thanks for sharing :)

    ReplyDelete

Anda juga mungkin meminati:-