"Arghh..apa jawapan soalan ni?" " Huh,menyesal ikut 'spot'..!" " Aduh..hilang lapan markah!" Inilah ayat-ayat yang berlegar-legar di ruang mindaku tatkala menjawab soalan Tauhid & Feqah. Rakan-rakan di sekelilingku kelihatan asyik menjawab soalan yang dikemukakan sementara aku masih terkial-kial mengimbas kembali sesi pembelajaran di bilik darjah. Dengan perlahan-lahan, aku menghamparkan sorotan mata pada soalan yang sedang menduga mindaku itu. "Hmm,...aku tidak mahu ditewaskan oleh helaian kertas!"
Ekoran daripada situasi itu, aku menghirup udara fajar sedalam-dalamnya bagi mendapatkan ketenangan. Lantas, ku coretkan jawapan pada helaian yang disediakan mengikut logik akalku sendiri. Kemapanan fikiranku benar-benar teruji melalui soalan tersebut..Hakikatnya, aku sedar bahawa peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) yang sedang ku duduki ini amat bermanfaat buat diriku mahupun teman-teman. Setelah selesai menjawab semua soalan, aku berfikir sejenak. Dengan izin Allah..
" Ini yang saya takut sangat dengan sistem peperiksaan..Memang bagus,tapi..ramai yang mengalami SIMPTOM 'A' ..!"
Inilah kata-kata yang diungkapkan oleh Ustaz Fairul tempoh hari.... Berkenaan Siptom 'A'. Menurutnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai pelajar yang memiliki Intelligent Quotient (IQ) yang tinggi, tetapi tidak ramai yang memiliki Emotion Quotient(EQ) yang benar-benar berkualiti.. Realitinya, aspek Spiritual Quotient (SQ) wajar dijadikan fokus utama yang perlu dititkberatkan oleh setiap makhluk bergelar manusia kerana aspek tersebut merangkumi soal tauhid dan aqidah. Sekiranya mahu mencapai tahap kecerdasan yang lengkap, kita perlu menggabungjalinkan ketiga-tiga aspek kecerdasan tersebut...
" Sekiranya seseorang doktor memiliki kecerdasan EQ dan SQ, sudah pasti doktor tersebut tidak menerima permintaan pesakitnya untuk menggugurkan janin !" Inilah misal yang dikemukakan oleh beliau bagi menghubungkaitkan kecerdasan EQ,SQ dan IQ. Pada dunia kini, ramai doktor yang menyediakan perkhidmatan menggugurkan janin. Mereka sememangnya mengalami simptom 'A'. Apabila bergelar seorang doktor, sudah pasti doktor tersebut memiliki IQ yang tinggi kerana pengajian perubatan yang mereka lalui bukanlah suatu proses yang mudah.
Itu IQ mereka, bagaimana pula dengan SQ dan EQ mereka? Sejauh manakah nilai kemanusiaan yang mereka miliki? Meskipun begitu, masih ramai juga doktor yang memiliki kecerdasan IQ, EQ dan SQ yang boleh dicontohi seperti Dr Danial Zainal Abidin dan Dr. Farhan Hadi. Alhamdulillah..
Pada jam sebelas, semua calon peperiksaan dikehendaki untuk berhenti menulis menandakan sudah tamat tempoh yang diperuntukkan. Aku melirikkan mataku pada jam dinding yang tergantung di tepi kelas. Masa yang berbaki adalah kurang daripada 30 minit. Pada ketika itu, pelbagai ragam yang dapatku lihat. Ada yang tidur, ada yang sibuk berfikir,..malah, ada juga yang mengekspresikan bakat terpendam pada helaian kosong yang berbaki! Hmm,..masa yang bernilai itu aku guna bagi menyemak semula jawapan yang telah aku tintakan.
Setelah itu, aku duduk diam dan terus berfikir, menerokai minda yang dikurniakan Allah buat manusia.
Apabila difikirkan kembali, peperiksaan yang sedang aku lalui adalah gambaran mengenai kehidupan. Ada soalan susah, ada soalan senang..Ada ujian berat,ada ujian ringan.. Soalan spot? Memang ada, malah boleh dipercayai! Antaranya..
- Siapakah Tuhan kamu?
- Siapakah Nabi kamu?
- Apakah agama kamu?
- Siapakah Imam (panduan/pedoman) kamu?
- Siapakah saudara kamu?
"Baiklah, masa dah tamat. Semua calon dikehendaki untuk berhenti menulis. Letakkan kertas jawapan anda di penjuru meja sebelah kanan...."
Dua jam yang diperuntukkan sudah tamat. Aku melangkah keluar meninggalkan kelas peperiksaan. Aku redha dengan keputusan yang bakal diumumkan. Apa yang paling penting adalah berkat ilmu. Bukankah begitu? Doa sudah...usaha pun sudah...tinggal tawakkal. (:
Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji (dicuba dengan suatu musibah)... (HR. Bukhari)
# Peringatan buat diri ini yang sangat rapuh bahkan amat memerlukan bimbingan...
simtom 'A'?
ReplyDeleteboleh dijelaskan lagi?
kurg faham..
IQ(kecerdasan spiritual):
DeleteSeorang pelajar berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dengan mencapai pointer yang tinggi setiap kali peperiksaan
EQ(kestabilan emosi):
Dia mempunyai hubungan yang baik dengan pensyarah, menjaga hati ibu bapa dan bergaul baik dengan rakan sekuliah. Dia menghargai setiap orang dalam hidupnya
SQ(kemantapan spiritual):
Setiap kebaikan yang dilakukan dengan orang sekeliling dilakukan dengan ikhlas. Tiada rasa dengki, ingin menjatuhkan kawan sendiri ataupun berbangga diri. Tujuannya hanya untuk membina jaringan yang baik dengan orang lain dan percaya ganjaran Allah terbaik berbanding yang lain
Kalau gabung tiga tiga, barulah lahir pelajar Muslim yang cemerlang!
-copypaste dari GenQ Isu 16, m/s 72-
Sblum tu,ni siapa ya? Ok, berkenaan dengan simptom 'A'.Peperiksaan hanya mengukur IQ seseorang tetapi tidak dapat mengukur tahap EQ dan SQ mereka. Ramai pelajar pada hari ini terlalu fokus pada pencapaian cemerlang dengan berusaha mendapatkan gred 'A' sehingga terlupa untuk memahami tentang apa yang dipelajarinya serta mengamalkannya. Tapi, memang ada yang faham serta mengamalkan ilmu tersebut... Sila tegur kalau silap..err,ayat skema~
ReplyDeletemakssudnye,,orang yang pekse untuk dapt a semate2,pas2 x paham pon ape yang die blaja jaoh sekali nk amalkan,,BAHAYA tu!
Deleteharap2 kita sama2 x termasok dalam org2 yang rugi,,
alhamdulillah,,totally paham,,
entry yang memang best,
mohon copy entry ini dan entry BANGKIT! :)
tq,
ok..,tafaddhal.^^
Deleteoh i see! dekat tmpat wanie ade slot PPD... i think that slot is related with EQ n SQ tue :)
ReplyDeletebtw, nice post n goodluck in exam!!
Ermm,baru ak teringat apa yang ustaz Fairul cakap,tapi ape yang ko buat lagi mantap dari ape yang ustaz cuba ungkapkan.good presentation..:-D
ReplyDeleteh0k kiter twu, laki lau sungg0h2 nk dpt bimbingan, s0kmo2 le b'jemaah d msjid. sbb s0kmo2 ade usrah dsbg. sket2 lme2 jdik bukit. ^^
ReplyDeletebagus.tumpukan perhatian masa ustaz Fairul bertazkirah. apapun, entry yang menarik!
ReplyDeletehumm..entry ni mmbuatkn ku brfikir jauh skali...alhmdulillah.. truskn ngan entry2 yg brunsurkn agama... niatkn sbagai ibadah karena Allah..sbgai stu medium bgi anda utk b'dakwah kpd orng muda zman skarang.. in shaa Allah.. daku akn sntiasa mndoakan anda..
ReplyDeleteAmazing share...Thanks
ReplyDelete