Assalaamualaikum semua!Hmm...dah lama rasanya tak update blog. Ok,kali ini..., penulis akan kongsikan 5 pekerjaan yang seringkali kita terlepas pandang. Walaupun pekerjaan yang bakal dinyatakan tidaklah sehebat kerjaya sebagai doctor dan engineer, pekerjaan tersebut tetap memiliki kelebihan yang tersendiri! Baiklah, pekerjaan pertama....
![]() | |||||||||
1-GURU TADIKA (: |
Ya, guru tadika!(huhu,teringat kat Cikgu Yasmeen,Cikgu Vijaya,Cikgu Azura...) Selain daripada guru-guru di sekolah yang mengajar kita dengan penat dan lelah, guru tadika juga memiliki jasa yang cukup besar dalam kehidupan seseorang insan. Mereka sememangnya katalis utama pada titik mula kita semua terutamanya dalam menelusuri samudera ilmu. Kerjaya ini sangat mulia..
Jangan menyangka bahawa tugas sebagai guru tadika merupakan suatu tugas yang remeh kerana kita tidak akan mampu menghabiskan bacaan novel kita sekiranya kita tidak mengenali 26 huruf yang diajarkan oleh guru tadika . Perlu diingat bahawa selagi mana kita menuntut ilmu, selagi itulah saham akhirat mereka akan bertambah kerana mereka merupakan asbab untuk kita boleh membaca (walaupun telah meninggal dunia). Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi seperti ini;-
(wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
..... pekerjaan yang kedua..
![]() | |
2- CLEANER! |
Cleaner = Pembersih... Walaupun kerjaya yang mereka miliki tidaklah sehebat mana..tetapi mereka merupakan individu yang mengamalkan aspek yang amat penting dalam kehidupan kita. Ya,aspek KEBERSIHAN! Kerja yang mereka lakukan tersangatlah mulia. Agak-agaknya,sanggup tak kita buat pekerjaan ini setiap hari? Fikir-fikirkan. Tapi, janganlah pula jadikan mereka sebagai alasan untuk kita membuang sampah merata-rata ya!
Seperti mana yang kita semua tahu, kebersihan adalah suatu aspek yang tidak dapat dinafikan kepentingannya.
.....kerjaya seterusnya...
![]() |
3-BURUH BINAAN. |
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun masing-masing ada kebaikan. Bersemangatlah meraih apa yang bermanfaat untukmu dan mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan bersikap lemah. Jika engkau tertimpa suatu musibah janganlah mengatakan, "Seandainya aku berbuat begini dan begitu, niscaya hasilnya akan lain." Akan tetapi katakanlah, "Allah telah mentakdirkannya, dan apa yang Dia kehendaki Dia Perbuat." Sebab, mengandai-andai itu membuka pintu setan." (HR. Muslim)
so..,jom jadi tough...! =D
.........kerjaya yang keempat...
![]() |
4- SECURITY GUARD... |
Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman:
...Sabarlah yang lebih baik.......(Surah Yusuf : 18)
.......... dan,..'pekerjaan' yang terakhir sekali......
![]() | ||
5-BLOGGER! :) |
Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)
# Sebagai konklusi, setiap kerjaya di dunia ini ternyata memiliki keunikan yang tersendiri!^^
bagi saya mengenai cleaner tu saya langsung tak pernah sisihkan mereka sebab bagi saya mereka lebih 'berjaya' daripada saya.. tanpa mereka huru-hara negara kita dengan bau yang 'uwekk + yulks!' :D
ReplyDeletesaya sgt setuju no.5 tu.. hehe..
yup,mmg betul. (:
Deletedahsyat wahai Amen,sungguh hebat.
ReplyDeleteSemua benda pun tak leh dipandang rendah sebab ada hikmatnya XD Kecuali apa yang hina di sisi agamalah, betul tak? Kat sekolah rendah dulu, aku suka betul sebab cikgu ajar kalau kat cleaner ngan guard pun kita mesti bagi salam ngan tunduk, tapi bila kat sekolah menengah ni, ish, cleaner jadi hina, pak guard pulak semua orang buat tak kesah, mentang-mentanglah kerja diorang status kuli, padahal kalau tak de diorang kita jugak merana. Yang blogger tu hehehe, cikgu aku tak ajar apa2, tapi respek ah untuk semua bloggers yang bagi dakwah macam kau hahaha alhamdulillah...
ReplyDelete