Followers

Friday, 28 September 2012

FAKTA- 5 Pekerjaan yang Kita Seringkali Terlepas Pandang.

 

        Assalaamualaikum semua!Hmm...dah lama rasanya tak update blog. Ok,kali ini..., penulis akan kongsikan 5 pekerjaan yang seringkali kita terlepas pandang. Walaupun pekerjaan yang bakal dinyatakan tidaklah sehebat kerjaya sebagai  doctor dan engineer, pekerjaan tersebut tetap memiliki kelebihan yang tersendiri!  Baiklah, pekerjaan pertama....


 
1-GURU TADIKA  (:




            Ya, guru tadika!(huhu,teringat kat Cikgu Yasmeen,Cikgu Vijaya,Cikgu Azura...) Selain daripada guru-guru di sekolah yang mengajar kita dengan penat dan lelah, guru tadika juga memiliki jasa yang cukup besar dalam kehidupan seseorang insan. Mereka sememangnya  katalis utama pada titik mula kita semua terutamanya  dalam menelusuri samudera ilmu. Kerjaya ini sangat mulia..

       Jangan menyangka bahawa tugas sebagai guru tadika merupakan suatu tugas yang remeh kerana kita tidak akan mampu menghabiskan bacaan novel kita sekiranya kita tidak mengenali 26 huruf yang diajarkan oleh guru tadika . Perlu diingat bahawa selagi mana kita menuntut ilmu, selagi itulah saham akhirat mereka akan bertambah kerana mereka merupakan asbab untuk kita boleh membaca (walaupun telah meninggal dunia). Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi seperti ini;-

 Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah
(wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim)
.


..... pekerjaan yang kedua..

2- CLEANER!
       Cleaner = Pembersih...  Walaupun kerjaya yang mereka miliki tidaklah sehebat mana..tetapi mereka merupakan individu yang mengamalkan aspek yang amat penting dalam kehidupan kita. Ya,aspek KEBERSIHAN! Kerja yang mereka lakukan tersangatlah  mulia. Agak-agaknya,sanggup tak kita buat pekerjaan ini setiap hari? Fikir-fikirkan. Tapi, janganlah pula jadikan mereka sebagai alasan untuk kita membuang sampah merata-rata ya!
Seperti mana yang kita semua tahu, kebersihan adalah suatu aspek yang tidak dapat dinafikan kepentingannya.

             Buktinya,dalam membangunkan konsep kebersihan, Islam menetapkan pelbagai peristilahan tentang kebersihan. Umpamanya, tazkiyah,thaharah, dan nazhafah.  Sementara dalam membangun perilaku bersih ada istilah ikhlas, thiban-nafs, taubat dan lain-lain sehingga makna bersih amat holistik kerana bersangkut paut dengan berbagai-bagai persoalan kehidupan, baik dunia mahupun akhirat.....betul tak?


.....kerjaya seterusnya...
  
3-BURUH BINAAN.
          Hmm...pekerjaan ini hanya mampu dilakukan oleh mereka yang tough2 sahaja,hehe. Matlamat seseorang kontraktor, jurutera dan arkitek dalam menyiapkan tugasan tidak akan lengkap sekiranya buruh-buruh binaan tersebut tidak melaksanakan tugas mereka. Sebagai analogi, satu set tandas tidak akan lengkap tanpa mangkuk tandas. (err..apa aku merepek ni) Jadi, mereka adalah PELENGKAP UTAMA dalam bidang pembangunan di negara kita...Di samping itu, saham akhirat mereka juga akan bertambah sekiranya pengguna bangunan tersebut melakukan perkara yang bermanfaat.   Realitinya, mereka yang bergelar buruh binaan adalah makhluk yang tough.(kuat!)
    
           Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun masing-masing ada kebaikan. Bersemangatlah meraih apa yang bermanfaat untukmu dan mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan bersikap lemah. Jika engkau tertimpa suatu musibah janganlah mengatakan, "Seandainya aku berbuat begini dan begitu, niscaya hasilnya akan lain." Akan tetapi katakanlah, "Allah telah mentakdirkannya, dan apa yang Dia kehendaki Dia Perbuat." Sebab, mengandai-andai itu membuka pintu setan." (HR. Muslim)
                                                                                              so..,jom jadi tough...! =D

.........kerjaya yang keempat...


4- SECURITY GUARD...
          Dalam bahasa melayu disebut sebagai pengawal keselamatan. Tapi orang kita selalunya panggil 'Pak Guard'. Seperti yang kita lihat, kerjaya sebagai 'Pak Guard' merupakan suatu pekerjaan yang sangat membosankan. Hanya duduk dan termenung. Apapun, mereka sebenarnya amatlah diperlukan bagi menjaga keselamatan kawasan setempat...Yang penting sekali, kerjaya ini benar-benar mendidik tentang erti KESABARAN..(kalau tak percaya, cuba tanya 'Pak Guard' yang jaga tempat kita..haha.)

 Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman:
...Sabarlah yang lebih baik.......(Surah Yusuf : 18)

 

.......... dan,..'pekerjaan' yang terakhir sekali......


5-BLOGGER!  :)

               (ceh,nak jugak..:P) Kerja yang kelihatan agak remeh ini sebenarnya memiliki manfaat yang cukup besar sekiranya kita mengaplikasikannya menurut perspektif yang benar. Dalam dunia yang maya, ilmu dapat disebarkan dengan pantas melalui kombinasi papan kekunci dan jari jemari. Jadi, laman blog yang berfaedah dapat menyumbang kebaikan kepada masyarakat umum mahupun kepada blogger itu sendiri. Hakikatnya, kerja yang dilaksanakan hendaklah berlandaskan KEIKHLASAN.... :)

              Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)


 # Sebagai konklusi, setiap kerjaya di dunia ini ternyata memiliki keunikan yang tersendiri!^^

Sunday, 19 August 2012

Apakah Benar,...Perang dah Tamat??



      Ya,bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana retina mata kita masih boleh berfungsi sehinggakan kita dapat melihat apa yang terpapar pada skrin monitor kita masing2....!! Bersyukurlah kerana tindak balas biokimia masih berlangsung dalam sel pada bahagian sitoplasma sel tersebut..!.Bersyukurlah kerana  hidroklorik asid dalam perut kita masih boleh mencernakan makanan...!Alhamdulillah.....(kalau nak kira nikmat,mmg xkan habis! Cuba check Surah Ibrahim: ayat 34)

      Baiklah, sepertimana yang telah dinyatakan dalam post sebelum ini, aq akan kongsikan sebuah intepretasi mengenai karya bro Malique Ibrahim dalam lagu 'Perang Dah Tamat'.(Lagu lama..tapi banyak input!^^)  Hmm....oh ya! Sebelum terlupa, izinkan aq  mengatur sepuluh daktil untuk membatalkan yang batil, samada yang zahir mahupun batil..Izinkan diri yang lemah ini untuk menghamburkan lafaz-lafaz kemaafan melalui butang keyboard ini yang seolah-olah mampu berbicara ..

       Dengan ini,......^^SAYA MEMOHON MAAF DAN AMPUN SEANDAINYA PERNAH MENGGURIS MANA-MANA HATI SAMADA SECARA SEDAR ATAUPUN TIDAK^^,.........SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!  SALAH DAN SILAP HARAP DIAMPUN........MOGA-MOGA TIDAK BERULANG...: ),dan,terimalah serangkap pantun,hehe

Benam mentari Syawal menjelma,
Kini Ramadhan melambai pergi,
Iman dan diri tetap dijaga,
  Moga amalan makin terisi. ^^

Selamat Hari Raya! =D

     Hmm...masa yang berlalu pergi terasa cukup singkat!  Hari demi hari yang kita lalui dalam bulan Ramadhan kini tiba di penghujungnya.  Hampir sepurnama lamanya kita menggagahkan diri untuk memerangi hawa nafsu yang kerapkali menewaskan kita..

        Persoalannya di sini, dengan berakhirnya Ramadhan...APAKAH BENAR,..PERANG DAH TAMAT? Jawapannya......tidak sama sekali! Hakikatnya, banyak lagi peperangan yang perlu kita tempuh, selagi belum sampai ke titik noktah, selagi jasad ini masih bernyawa...Kerana apa? Kerana dunia ini sememangnya dipenuhi dengan peperangan yang terkandung definisi yang cukup luas...

       Jadi,bukalah mata sebesar-besarnya,lapangkanlah dada seluas-luasnya, kosongkanlah minda dari celaru dunia.Ayuh! Ayuh kita telusuri definisi PERANG melalui lagu yang dinyatakan pada awal bicara.Dengarkanlah.... =)

 
Perang dah Tamat-Malique ft Rabbani 

(Tun Dr. Mahathir – Intro)
The world now lives in fear
We are afraid of everything

(korus)
Alhamdulillah.... kita selamat
Kabus dah hilang,perang dah tamat
Nyanyikan lagu damai dalam lena..
Jangan!  Buka mata!
Realitinya sungguh berbeza....!



          Ok, rangkap pertama lagu ini menggambarkan tentang ekspresi kebanyakan daripada kita yang mengganggap bahawa apabila peperangan yang besar sudah tamat, maka kita sudah selamat. Realitinya, kita perlalu menghadapi peperangan yang lebih besar.  Antaranya ialah peperangan dalam menghadapi hawa NAFSU dan SERANGAN MINDA...

                
Dan Rasulullah SAW bersabda:
"Jihad yang paling utama adalah memerangi nafsu."
           
          Sesungguhnya para sahabat ketika pulang dari berperang menghadapi kaum kuffar, mereka berkata,  " Kita baru pulang dari perang yang menuju peperangan yang lebih besar!." Ya, jihad melawan nafsu dan syaitan itu sememangnya lebih besar lantaran jihad tersebut bersifat TERUS-MENERUS. Menghadapi kaum kuffar hanyalah sekejap dan kelihatan sedangkan menghadapi hawa nafsu itu berterusan dan tidak kelihatan. Malangnya, kita  pada hari ini tidak sedar bahawa kita diancam hebat oleh hawa nafsu dengan serangan kuffar....
"Serangan kuffar?? Kita dah merdeka lah der.....55 tahun kott! Malaysia kan dah aman,.."
          
           Hmm...bagaimana pula dengan negara Islam yang lain? ......dan,bagaimana pula dengan PENJAJAHAN   MINDA?? Fikir-fikirkan.....


 Berita yang ditunggu kini sedang tersebar
Seluruh umat manusia boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan malahan dibakar

Jalan dah dibuka bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar
Bumi berhenti bergetar tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan bendera berkibar
Yang sembunyi keluar dah bersinar di luar
Burung besi pulang yang sebenar legar-legar
Langit koyak dah ditampal tiada halilintar
Laut merah pudar jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar? Perang dah tamat?
 (ulang korus)

            Rangkap kedua pula menceritakan tentang fenomena yang berlaku setelah tamatnya peperangan. Namun, ada persoalan yang cuba ditekankan oleh penulis di akhir rangkap, 'apakah benar? perang dah tamat? 'Tak perlu explain rasanya, boleh faham sendiri kann..^^

              In fact, kita sentiasa diserang....serangan minda terutamanya. So, takkan nak biar je? Nantikan post yang akan datang mengenai lirik yang seterusnya.. :)
                                                                   
                                           -peringatan untuk diri  yang lemah serapuh kuih Tart ini-

   # Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf zahir dan batin.. ^^
                                                                   
                                                                      

   me n bro. =D

                                 

Thursday, 16 August 2012

-TENTANG DIA-


Dia,
pemerhati dunia sejagat,
memanifestasikan karya di luar kotak pemikiran,
di luar jangkauan minda......

sejujurnya,
sukar untuk ku fahami apa yang ditafsirkannya!

melainkan sedikit,..
sudah puas ku selak lembaran leksikon satu persatu,

sudah puas ku 'search' perkataan yang tidak ku fahami....
masih tidak ku jumpa makna ayat,
meskipun ku mengerti akan makna kalimah itu.

persoalannya di sini...,siapakah dia???

hmm...insan yang dimaksudkan ialah....



-MALIQUE IBRAHIM-




             Ya,insan yang dimaksudkan ialah bro Malique Ibrahim! Beliau adalah pakar bahasa di  mataku selain guru-guru yang pernah mendidikku dengan penuh keikhlasan seperti Cikgu Siti,Cikgu Ummi,Cikgu Kasmani,Cikgu Wahdi , Cikgu Raouf dan lain-lain....Untuk pengetahuan semua,bro Malique Ibrahim bukanlah seorang cikgu,pensyarah,ahli politik mahupun sasterawan negara,....tetapi beliau adalah seorang RAPPER! Seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi, karya beliau memang agak sukar difahami dek ketinggian  bahasanya! TAK PERCAYA?? Cuba baca serangkap daripada karya yang dihasilkannya:-


Atur sepuluh daktil batal yang batil,
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil,
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil,
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil.

                                                               -lirik>aku maafkan kamu-

           Huhu,faham tak? Siapa yang faham memang aku tabik! Yang pasti, kebanyakan karya yang dihasilkan sememangnya terkandung seribu satu makrifat implisit yang perlu difahami...dan karya tersebut juga mengandungi banyak input positif yang boleh diambil...Sebagai deduksi, SESIAPA SAHAJA BOLEH JADI HEBAT,...kerana setiap daripada kita memiliki kebolehan yang tersendiri... =D

# nantikan sebuah intepretasi mengenai lagu 'Perang Dah Tamat'(karya bro Malique Ibrahim) dalam post yang akan datang...^^


glosari:- 
  • memanifestasikan  - melahirkan
  • leksikon  - kamus
  • daktil - jari
  • diisolasi - dipencilkan
  • makrifat -makna
  • implisit- tersirat
  •  intepretasi - tafsiran
  • deduksi - kesimpulan

Anda juga mungkin meminati:-