Followers

Monday, 30 December 2013

Kerana Lalat


Terbang. Hinggap. Terbang dan terus hinggap. Perilaku turun temurun yang diamalkan oleh makhluk ini, mengundang rasa marah menghinggapi jiwa mereka yang melihatnya. Pak Man Seman berasa tidak senang hati. Dia yang pada mulanya ingin menjamah makanan, membatalkan hasratnya semata-mata  untuk membunuh makhluk itu!  Isteri Pak Seman  sebenarnya sudah lama  menguntum senyuman sehingga hampir-hampir menyentuh cuping telinga, benar-benar mengharap agar Pak Seman memuji masakannya.


 Ternyata, senyuman daripada seorang isteri yang dikatakannya tidak akan dapat ditewaskan oleh mana-mana bidadari di syurga tidak mampu menyenangkan hatinya pada saat itu. Makhluk itu terus terbang menghinggapi makanan yang terhidang. Rasa tidak puas hatinya terhadap makhluk kecil itu  semakin bertambah seperti mana harga minyak yang bertambah sejak akhir-akhir ini.

Pak Seman nekad.


Lantas, Pak Seman menghampiri stor rumahnya yang telah ditinggalkan selama berpurnama lamanya. Stor itu dipenuhi habuk yang menebal seperti pemikirannya yang turut berhabuk. Pak Seman mencapai kayu besbol yang pernah menjadi 'sahabat' nya suatu ketika dahulu.


Ya, kayu besbol.

Dia menghampiri meja makan yang terhidang makanan, berbekalkan tulang empat kerat yang  dilapisi  otot-otot , menjadikannya kelihatan seperti Arnold Schwarzeneger, ketika sudah tua. Tanpa lafaz 'bismillaahirrahmaanirrahim', Pak Seman menghayunkan kayu besbol itu untuk memukul lalat yang menghinggapi makanan!


Yeeeeeaaaoooowww.

Lalat terus terbang, Pak Seman belum cukup cemerlang.


Gedebushhhh. Kayu besbol dihayunkan dengan sekuat hati apabila lalat menhinggapi makanan.


Prangggplingggprangggg.


Bunyi pinggan yang pecah dek hayunan besbol ke atasnya menggetarkan gegendang telinga Pak Seman. Pak Seman tidak peduli. Apa yang penting, dia dapat menamatkan riwyat lalat itu ! Bhahaha.

Setelah hampir lebih kurang 32 minit 47 saat Pak Seman bergelut dengan lalat yang berwarna hitam keperang-perangan itu, Pak Seman berjaya membunuhnya!
Namun, semestinya makanan yang terhidang tadi sudah  bertumpahan sana sini. Pinggan mangkuk turut pecah berderai. Kedengaran juga bunyian keroncong dari perut buncit Pak Seman. Dia lapar.


Hanya kerana seekor lalat, dunia seakan sudah kiamat.
 




Ahaa, perilaku yang dizahirkan oleh Pak Seman memang tak masuk akal bukan? Hanya disebabkan seekor lalat, segalanya musnah.

Padahal Pak Seman boleh menggunakan tangannya untuk menghalau terus lalat tu. Cukup mudah solusinya.

TAPI.

Hakikatnya memang ada antara kita turut melakukan apa yang dilakukan oleh Pak Seman....

"Gila apa, mana pernah orang pukul lalat guna kayu besbol."

Nanti dulu,tak habis ayat lagi. Ada antara kita melakukan apa yang dilakukan oleh Pak Seman dalam konteks yang berbeza.

Baik.

Andaikan makanan itu ialah perkara baik yang kita lakukan, memberikan manfaat buat insan sekeliling.

Andaikan pula lalat yang hinggap itu pula perasaan riya' yang mula berputik dalam diri.

Bukankah ramai  yang melenyapkan perkara baik tersebut semata-mata ingin menghalang perasaan riya' daripada terus subur dalam diri? Kesannya, segala niat yang baik sudah terbantut.

Sekiranya anda begitu, anda serupa seperti Pak Seman yang memusnahkan masakan yang disediakan oleh isterinya yang tercinta.

Padahal yang sepatutnya ialah kita menghalau perasaan riya' yang hinggap, bukannya melenyapkan perkara baik yang ingin kita lakukan.




Bina keikhlasan VS buang kebaikan


Apa yang perlu dilakukan ialah BINA KEIKHLASAN,bukannya buang kebaikan.

Teruskan update post yang berguna di FB apabila anda berniat sedemikian, bukannya terus memusnahkan niat baik anda.


Teruskan solat di masjid, bukannya menghalang niat tersebut semata-mata takut riya'.

Teruskan niat anda membantu guru, bukannya membatalkan niat tersebut kerana takut dipandang sinis.



Cuma.

Kalau berniat nak tangkap gambar masa qiamullail seorang diri, dengan air mata yang masih mengalir di pipi sambil membuat gaya duckface, kemudian post di FB dengan caption yang tertera ' Tadi aku Qiam weyhh'.

Baik lupakan, kalau dasarnya bukan kebaikan dan memang bertujuan menunjuk-nunjuk maka tidak perlu serlahkan.

Umpama arak yang terhidang di meja rumah anda kemudiannya dihinggapi lalat, nak pukul dengan kayu besbol pun tak apa hehe .




Semoga menjadi orang baik. Rasulullah pun orang baik-baik. Kata cinta Rasulullah, tak kan tak nak ikut.


^_^

Sunday, 8 December 2013

kerana A.P.O.S dan E.C.I



Assalaamualaikum, salam sejahtera ,dan yang seumpama dengannya .




kerana A.P.O.S dan E.C.I

Pasti ramai tertanya-tanya tentang post ini.

Bagi pelajar Bestari,

mungkin mereka menyangka bahawa ini ialah post berkenaan

Apos dan Eci .

Bagi mereka yang tidak mengenalinya,

mungkin mereka menyangka

bahawa nama yang mungkin cute itu

ialah nama haiwan peliharaan yang tomey-tomey belaka .

Boleh jadi .

Sekiranya anda berfikir begitu,

anda tersilap, 

kerana anda  di cetusanluarkotak!  :D


Apapun,

terima kasih buat Apos dan Eci 

yang menjadi tunjang kepada 'Dinner'

yang menjadi detik akhir buat kami

untuk menikmati haruman ukhuwwah

buat kali yang terakhir di alam persekolahan .



Okay .

Bagi menghargai mereka berdua, 

terus kepada definisi A.P.O.S dan E.C.I .




A.P.O.S  dan E.C.I

suatu kalimat yang membawa makna

tentang asas kehidupan

yang menjadi alat untuk berjaya

di dunia dan akhirat .

Bagi melenyapkan tanda tanya 

di kotak minda anda yang kacak dan jelita akhlak harapnya ,

Amen Naqib jelaskan maksud yang sebenar .





kerana A.P.O.S bererti

kerana 

Adanya Power Of Sayang~

apabila terfikirkan tentang perkataan SAYANG

mungkin ada yang rasa bahagia

mungkin ada yang geli-geleman

mungkin ada yang terasa nikmatnya hidup

terpulang

pada setiap individu .

Namun,

menurut pandangan Amen Naqib

orang yang geli- geleman dengan perkataan SAYANG

hakikatnya melihat perkataan itu

melalui  perspektif yang

dikotori

dicemari

dan dihiasi

dengan segala macam unsur jahiliyyah ,

kesan daripada kesilapan manusia itu sendiri.







Suatu realiti yang perlu diteliti. 


Kerana Adanya Power Of Sayang
(A.P.O.S)

 Allahu Rahim kurniakan nikman iman dan Islam buat kita.

Memberikan kita nikmat hidup sebagai sebaik-baik kejadian

yang punya akal,  hati,

dan pancaiendera yang mencukupi .






Kerana A.P.O.S

Rasulullah sabar dengan ujian yang menimpa baginda meskipun sepatu baginda dipenuhi dengan darah,

bahkan baginda menghalang malaikat daripada menghukum penduduk Ta'if

dengan harapan agar keturunan penduduk Ta'if

menemui sinar Islam pada waktu yang akan datang .




Kerana A.P.O.S

Si ibu sanggup bertarung nyawa

untuk melahirkan anak yang dikasihi

meskipun dia sedar

bahawa usaha menghubungkan anaknya

dari Alam Roh ke Alam Dunia

merupakan sesuatu yang amat memeritkan 

malah menghampirkan diri mereka

dengan kematian. 



kerana A.P.O.S

Si Guru sanggup berkorban masa dan tenaga

demi membina generasi berilmu

meskipun kadangkala si anak murid

hanya memandang keburukan mereka .


"Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuni Nya dosa-dosa kamu. Dan Al­lah adalah Maha pengampun lagi Penyayang."

(SurahAli Imran: 31)






Ya, bagaimana pula dengan E.C.I ?


Suatu hakikat yang perlu diingat .




Kerana Eratnya Cinta Ilahi .
(E.C.I)

Seorang hamba menyedari hakikat

bahawa hidup ini tidak lain hanyalah untuk beribadah kepada Allah, 

dan setiap pekerjaan yang diniatkan untuk Ilahi

merupakan suatu ibadah.



Kerana E.C.I 

Para sahabat bersusah payah demi Rasulullah

dalam merentasi perit jerih kehidupan

kerana mereka sedar

bahawa Rasulullah merupakan kekasih Ilahi .


Kerana E.C.I

Seorang member sanggup membebaskan diri daripada keindahan mimpi

untuk mengejut membernya yang sedang tidur

dengan harapan dapat bersama-sama,

bertemu Ilahi di pagi hari . 





Kerana E.C.I

Kemanisan iman dapat mereka rasai.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada 
seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Dalam PQS kita ada belajar kan?  ^_^

Jom cuba rasa.


Kerana banyak perkara yang kita sekadar tahu,

tetapi kita tidak cuba untuk merasa,

dan menikmati .



Duhai kenalan, kawan, rakan, taulan, teman dan sahabat .



tidak kisahlah sama ada

doktor

engineer

cikgu

businessman

director

guitarist

penghibur

ustaz

ustazah

lecturer

arkitek

penulis 

pekerjaan kita


jadilah muslim yang professional.

walau apapun profession kita

pada suatu hari nanti .



Kerana A.P.O.S dan E.C.I

Jom jadi muslim dan mukmin yang betul betul REAL !

^_^



 Ini Apos. :)


dan ini Eci.  :D


-sebak- :')












Anda juga mungkin meminati:-