Followers

Friday, 28 June 2013

SPM = Sprint Paling Mampu !


Assalaamu'alaikum semua!

Soalan mudah. Kenapa perlu berjaya SPM?


Sijil Perlu Milik.


Sangat perlu dimiliki, sijil yang menjadi wasilah untuk berjaya. PhD, Master, dan lain-lain tidak mampu dikecap tanpa sijil ini yang menjadi titik permulaan.


Sijil Paling Mudah
Ya. Sijil yang menjadi pemudah untuk menggapai cita-cita. Bukan tidak boleh berjaya tanpa SPM, tapi inilah yang menjadi pemudah realitinya.


Sijil Pencerah Misi

Semua orang punya misi bukan? Takrifan misi ialah tugas bagi seseorang individu. Maka, sijil ini merupakan 'pencerah' misi kita sebagai hamba, anak, pelajar dan seumpamanya.


Sijil Pelengkap Masa

Sijil inilah yang menjadi pelengkap bagi kita yang sudah berhempas pulas menggali ilmu sejak lebih sedekad yang lalu. Wajarkah kita sia-siakan masa yang berlalu itu dengan tidak berusaha memperoleh keputusan yang baik?


Sijil Perajurit Millenium
 
Yeah,perajurit millenium . Jika zaman dulu kita sering diasak dengan penjajahan secara zahir, hari ini mentaliti kita yang dijajah. Untuk maju dalam bidang professional seperti bidang perubatan dan kejuruteraan , kita perlukan sijil ini.


Cemerlang atau kecundang?
Kita yang tentukan.
  

Tunggu apa lagi?

   SPM = Sprint Paling Mampu !

#Jangan lupa SPM yang paling signifikan.
Sijil Padang Mahsyar. =D

Tunggu! Doakan daku dan teman seperjuangan di bumi Bestari berjaya.(mana tahu dalam ramai-ramai viewer blog ni ada yang makbul doanya) ^_^

Saturday, 1 June 2013

JARUM : sekadar tusukan atau suntikan ?


  Kalimah yang membentuk nama ku berkemumandang di ruang udara dewan, menandakan giliran sudah tiba. Tubuh yang pada mulanya hanya biasa, kini seakan mula sejuk meskipun tiada kewujudan salji di sekeliling. 

  Langkah diorak dengan berjaga-jaga. Air wajah cuba ku zahirkan ketenangannya dengan hasrat menyembunyikan atma yang semakin berkocak. Jari-jari ku kepal erat, sekadar penenang jiwa. Inilah masanya! Sekelumit detik yang menentukan antara...

menang atau kecundang,
maju atau sungkur,
serta bangga atau kecewa..

  Saat itu,kelibat tubuh ku di atas pentas sememangnya sudah terpampang pada retina mata penonton-penonton yang ada di situ. Namun,kehadiran aku di atas pentas sebagai tumpuan utama ,

telah diuji dengan sesuatu yang mencucuk,
malah menusuk dalam ,
sehinggakan mampu membuatkan aku terduduk..
Objek berbisa,itulah JARUMM .


    Ya,mungkin situasi ini yang dialami oleh mereka yang pernah berucap/berpidato/bersyarah di khalayak ramai. Rasa berdebar? Itu normal. Rasa takut? Itu pun normal. Insan yang berdiri di hadapan penonton untuk bersyarah or berpidato sememangnya akan diserang oleh 'objek' yang agak berbahaya..

  Objek itu tidak menyerang jasad sebaliknya menyerang jiwa. Sanubari akan rasa 'tercucuk' atau 'tertusuk' dengan objek tersebut sehinggakan kadangkala mampu membuatkan kita terduduk! Sekali lagi, itulah JARUM .

  Dan apa yang membanggakan,dalam komuniti bumi Bestari terdapat  insan yang berjaya menangkis segala tujahan jarum-jarum tersebut sehinggakan mampu dinobatkan sebagai Johan Syarahan MTQ Kebangsaan! Jejaka tersebut  ialah..

Syamim Muhaimin bin Abdull Shata!



     Pencapaian:
    Johan Syarahan Amal Islami,zon.(2010)
    Johan Syarahan Amal islami,zon.(2011)
    Johan Syarahan Amal Islami,negeri.(2011)
    Johan Syarahan MTQ,zon.(2012)

    Johan Syarahan MTQ,daerah.(2012)
    Johan Syarahan MTQ,daerah.(2013)
    Johan Syarahan MTQ,negeri.(2013)
    Johan Syarahan MTQ, kebangsaan! (2013)


    (baru syarahan,belum campur debat+bola tampar+TEATER,haha.)

 FAKTA : Dalam 1 134 792 pelajar sekolah menengah dekat Malaysia(fakta betul bukan tipu), tiada yang mampu menangkis tujahan jarum yang bertalu-talu melainkan Syamim yang paling gagah melawan tujahan tersebut dalam arena syarahan! (huhu,GAGAH ke? )

Ehh,TUNGGU!

Dari tadi asyik sebut  jarum, jarum , jarum.
Jarum yang dimaksudkan bukanlah perumpamaan kepada tubuh juara kita ni,bukan bukan.
Jarum yang ingin saya maksudkan terbahagi kepada dua...

Ouch!
  1. Jarum yang memedihkan malah menyakitkan!
   'Jarum' ialah apa-apa yang 'mencucuk' kita apabila berada di hadapan khalayak ramai, boleh jadi penonton ataupun suasana. Lumrahnya, kita akan berasa sakit apabila dicucuk jarum. Pasti. 

    Bagi yang lemah, mereka akan bertambah lemah apabila tertusuk dengan 'jarum-jarum' tersebut. Maka, penyampaian mereka menjadi hambar dan kurang meyakinkan .. Jarum ini berbeza dengan jarum yang kedua...
 
Tajam!


    2. Jarum suntikan yang membekalkan SEMANGAT dan HARAPAN...

    Seperti biasa, 'jarum' ini juga menyakitkan seperti jarum-jarum yang lain. NAMUN, di sebalik kesakitan tersebut tersembunyi seribu satu kebaikan. Wujudnya penawar, wujudnya antibodi!   

    Penonton ataupun suasana di hadapan kita apabila berucap di khalayak ramai kadangkala mampu membekalkan SEMANGAT dan HARAPAN kepada kita. Jarum inilah yang sepatutnya 'dicucuk banyak-banyak' dekat insan yang berucap itu! Baru bertambah kuat.

 Natijahnya, TERPULANG bagaimana kita hendak menganggap jarum itu, sekadar tusukan atau suntikan.

Kita yang menentukannya.

Ironinya,
fenomena ini bukan sahaja berlaku di atas pentas pertandingan,
tetapi juga PENTAS KEHIDUPAN .



   Kita tak akan terlepas daripada tusukan jarum yang menyakitkan malah memeritkan, perkara ini pasti. Jarum itu adalah UJIAN.

      Kita juga masih belum layak dianggap sebagai insan yang beriman andai kita tidak diuji. Ya, untuk menjadi insan yang hebat kita perlu diuji.

     Hatta RASULULLAH S.A.W(jangan lupa selawat.. ^_^) sendiri telah ditusuk dengan 'jarum-jarum' yang bertalu-talu sebelum berjaya meluaskan sinar Islam ke serata alam. Namun, baginda tidak menganggap ujian yang melanda sebagai 'jarum' yang hanya memedihkan sebaliknya menganggap betapa 'jarum' itulah yang menguatkan lagi baginda untuk menjadi insan yang bertakwa.

  Jiwa Rasulullah S.A.W sentiasa tertusuk dengan suntikan semangat meneruskan kehidupan,
bukannya tusukan yang merebahkan jasad di tengah jalan..

Bagaimana pula dengan kita ya? Fikirkan .

Terpulang.

Jarum : Sekadar tusukan atau suntikan?

Kita yang tentukan .



p/s: Arena pidato memang banyak mengajar diri ini dalam membina peribadi dan memperkasa mentaliti.Apapun ,tahniah untuk Syamim! 

Anda juga mungkin meminati:-