Hmm,...suatu nikmat yang cukup digemari. Tubuh yang dihenyakkan pada tilam ini belum mampu untuk berdiri, hanya mampu terbaring dek keselesaan merehatkan tubuh. Perambatan 'gelombang malas' yang melanda jasad ini sukar untuk ditepis. Semestinya perlu dibelaukan ataupun dipantulkan sejauh mungkin gelombang negatif ini. Namun, seakan wujud bebanan yang cukup dahsyat pada kelopak mata ku ini, suatu lipatan kulit yang cukup lembut. Terlalu berat untuk dibuka. Allah.....baru diuji dengan tilam! Bangun! Bangun!
Huh,inilah ujian.
Ia datang dalam pelabagai sudut.
Mungkin melalui keperitan.
Mungkin juga melalui kesenangan.
Dan situasi di atas berlaku pada en.NaQib sendiri~ hehe.
Tanggal 17 Mac 2013, pada pagi yang cukup damai......
Dihiasi kicau burung yang berterbangan dengan gumbira..
Di dalam kedamaian pagi yang menyejukkan jiwa..
en.NaQib kena pergi suatu Program Tarbiyyah dekat musolla.
Pada mulanya malas. Dahlah clash dengan friendly match Bola Tampar.(nak tengok)
Tapi, bila difikirkan pengorbanan fasilitator Akademi Huffaz yang datang dari jauh.
Yang korban masa,korban tenaga..
en.NaQib cuba menggagahkan tubuh yang tak berapa nak gagah ni untuk pergi ke musolla.
Heyaah! :D
Untuk pertemuan kali ini, kami dikehendaki duduk dalam 'bulatan gembira' masing-masing dan berdiskusi mengenai sebuah tajuk, 'Ibadah'. Ternyata,...ada something yang sangat berguna untuk en.NaQib dan boleh dikatakan rugi kalau en.NaQib terus terlantar dekat katil yang boleh dikatakan empuk tadi. Di sini en.NaQib nak kongsikan serba sedikit tentang apa yang en.NaQib dapat..(credit to Akh Amir Syafiq)
Ibadah
Mungkin bila kita sebut pasal ibadah, pelbagai ritual keagamaan yang akan terbayang di minda kita. Antaranya mestilah solat, puasa dan amalan membaca Al- Qur'an. Kesemuanya benar. Namun, ada suatu pecahan ibadah yang ramai tidak tahu iaitu ibadah..
Umum.
dan
Khusus....
Sebelum kita telusuri dua pecahan tersebut, en.NaQib teringat akan apa yang disampaikan oleh Imam Muda Fakhrul pada separa bulan yang lalu..
" Ibadah itu ada tiga ciri...yang pertama Allah redha dan suka.Yang kedua mesti melalui kata-kata dan perbuatan. Dan yang ketiga, hendaklah secara zahir dan batin.."
Baik,kembali kepada pecahan ibadah sebentar tadi, ibadah umum dan khusus...
Secara mudahnya, ibadah khusus adalah segala ibadah yang semua sedia maklum, iaitu suatu ibadah yang Allah syariatkan buat manusia..Misal yang semua tahu,solat,puasa,zakat dan lain-lain...
Ibadah umum pula?
Apa-apa perbuatan seperti makan, tidur, main dan lain....NAMUN, ada 4 syarat yang perlu dipatuhi untuk diklasifikasikan sebagai ibadah umum. Ha, en.NaQib sebenarnya tertarik dengan satu analogi yang Akh Amir Syafiq nyatakan dalam sesi tarbiyyah tersebut. Berkenaan.....
![]() | ||
Erk,..Kad Mesra? |
Ya, Kad Mesra...Ehh,jangan salah faham ya. en.Naqib bukannya suka-suka nak promote Kad Mesra ni dekat semua. Cuma nak nyatakan analogi yang berkaitan dengan Kad Mesra.
Baiklah,seperti yang semua tahu. Sesiapa sahaja boleh mengutip point setiap kali mengisi minyak di stesyen minyak berkaitan, dengan syarat mesti menjadi ahli dengan memiliki Kad Mesra.
Bagi mereka yang berdaftar dan memiliki Kad Mesra tersebut, mereka akan mendapat keuntungan setiap kali mengisi minyak. Bila point dah banyak, bolehlah claim macam-macam kan? Berbeza dengan mereka yang tak berdaftar, mereka tidak mendapat apa-apa keuntungan sedangkan mereka juga melakukan perkara yang sama,mengisi minyak.
Begitulah juga dengan ibadah umum. Sesiapa sahaja boleh melaksanakan ibadah umum dengan syarat mematuhi syarat yang ditetapkan. Bagi mereka yang memenuhi syarat tersebut, in sya Allah akan dapat keuntungannya.. Berbeza dengan mereka yang tidak mematuhi syarat tersebut, mereka turut tidak mendapat apa-apa keuntungan meskipun mereka turut melakukan perkara yang sama seperti makan, main dan tidur..
Eh, apa syarat-syaratnya ya?
Mudah syaratnya.
2- Dilakukan dengan bersungguh-sungguh! (time buang air pun rasanya kenalah bersungguh-sungguh kan?)
3-Tidak mengabaikan perkara utama (stay up nak belajar sampai pagi tapi Subuh kantoi,yang ni tak bolehla...) Ataupun: Niat nak update blog dengan alasan ibadah tapi belum solat fardhu sedangkan dah lama masuk waktu~
4-Kerana Allah Ta'alaa..
![]() | |||
Sila klik sekiranya sorotan mata anda tidak mampu membaca apa yang en.NaQib coretknan. :) |
Hakikatnya,keempat-empat syarat tersebutdapat en.NaQib lihat sebagai beberapa komponen yang simbiotik. Saling memerlukan antara satu sama lain. Sekiranya salah satu daripada syarat tersebut tidak dipatuhi, maka amalan yang dilaksanakan itu tidaklah dianggap sebagai ibadah..(umum)
So,
Kalau kita patuhi syarat-syarat tersebut..
Makan itu ibadah....
Sembang itu ibadah...
Tidur itu ibadah...
Belajar itu ibadah..
Blogging itu ibadah..
Blogwalking itu ibadah..
Jalan-jalan itu ibadah..
dan...
Tengok video ni pun ibadah...hehe. Percubaan pertama daripada en.NaQib yang pernah bercita-cita nak berkecimpung dalam dunia Vlog suatu hari nanti..(doakan ya!) Semoga dapat mesej yang disampaikan~ ^_^
# Yang paling penting, ibadah yang dilakukan bukanlah untuk mendapatkan ganjaran semata-mata,tetapi untuk menggapai redha-Nya. Kita cuba sama-sama ya? (: