Beban. Ada yang menafsirkannnya sebagai muatan. Ada juga yang menafsirkannya sebagai tanggungan . Kedua-duanya benar . Istilah ini tidak asing bagi kita, selagi diri masih cakna. Selagi diri masih belum terlupa, belum terlena . Wujudkah insan yang tiada tanggungan? Pastinya tidak . Apa yang membezakannya hanyalah tahap beban tersebut . Boleh jadi besar, boleh jadi kecil .
Diri mana yang tidak merasakan apa-apa bebanan dalam hidupnya. Pasti ada, walaupun sedikit. Ia datang dalam pelbagai bentuk . Mungkin dalam bentuk tanggungjawab. Mungkin dalam bentuk kelemahan . Mungkin juga dalam bentuk kegagalan meraih matlamat. Lantaran itu, terbitlah pelbagai keluhan dek bebanan yang dirasai...
"Erh, kenapa aku? "
"Bapak ah, malas nak fikir . "
" Sampai bila nak terus macam ni!
" Allah, beratnya tanggungjawab ni...
"Jadi budak-budak kan senang..tak payah pening otak!"
Keluhan diungkap, kelemahan terus tersingkap .
![]() |
Kechewa~ |
Perihal beban, ayuh kita berfikir sejenak...
Andaikan kita dikehendaki mengangkat dua karung guni.
(Situasi ini bermula di pintu rumah.)
Karung itu dihadiahkan oleh boss kita.
Kedua-duanya memiliki berat yang sama iaitu 15 kilogram!
Huh, berat bukan?
Namun, kedua-dua karung tersebut tidak menampung objek yang sama.
Karung yang pertama dipenuhi batu.
Karung yang kedua? Bukan batu, tapi emas!
Kedua-kedua beban tersebut perlu dibawa masuk ke dalam bilik.
Katakanlah rumah tersebut memiliki tiga tingkat.
Malangnya, bilik kita terletak di tingkat yang ke tiga!
Sejujurnya, memBEBANkan .
........................................................................................
Namun...secara logik akalnya,adakah kita akan mengabaikan terus kedua-dua guni tersebut?
Sudah pasti kita akan mengabaikan karung yang berisi batu dan berusaha mengangkat karung yang berisi emas bukan? :)
![]() | |||||||
Sanggup buang? ^_^ |
Mengapa kita tetap mengangkat karung berisi emas tersebut meskipun kita sedar bahawa proses mengalihkan objek tersebut merupakan sesuatu yang memBEBANkan?
Kerana kita NAMPAK manfaat emas tersebut. Pulangan yang lumayan pasti diperolehi apabila kita menggunakannya dengan bijak...
Kita SEDAR akan kegunaannya. Dengan emas, kita mampu mengecapi sesuatu yang kita idam-idamkan selama ini. Kita mampu melaksanakan suatu ibadah yang sangat mulia iaitu sedekah .
Kita juga YAKIN bahawa melepaskan emas tersebut merupakan suatu kerugian....
Berbeza dengan karung yang berisi batu,dibiarkan begitu sahaja. Kenapa? Fikir sendiri. :)
Begitulah juga dengan bebanan yang kita semua tanggung...
Kita perlu NAMPAK, SEDAR dan YAKIN akan kepentingan beban tersebut.
Pada kebiasaanya, kita beranggapan bahawa bebanan yang kita tanggung merupakan sesuatu yang amat melecehkan malahan menyusahkan .
Oleh itu, ayuh manipulasi perspektif kita!
Terbeban dengan tanggungjawab yang menggunung?
Yakinlah bahawa ia suatu latihan yang Allah berikan ke arah menjadi seorang insan yang lebih bertanggungjawab..
Terbeban dengan komplikasi yang mencengkam diri?
Yakinlah bahawa kita akan menjadi insan yang kuat jiwanya seandainya kita mampu menghadapinya dengan tenang dan sabar...
Terbeban dek kegagalan meraih matlamat yang dimpi-impikan ?( gagal dapat mumtaz~)
Yakinlah bahawa tersembunyi seribu satu hikmah di sebalik kegagalan itu..
Yakinlah...
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(2:286)
Syukur . :)
#Sejujurnya, memang rasa agak terbeban bila result tak sebaik yang disangkakan...Huhu, cemburu tengok budak-budak pandai~ Apapun, alhamdulillah.. :D