Followers

Wednesday, 21 November 2012

ExAm..!! :)


      "Arghh..apa jawapan soalan ni?"  " Huh,menyesal ikut 'spot'..!"  " Aduh..hilang lapan markah!" Inilah ayat-ayat yang berlegar-legar di ruang mindaku tatkala menjawab soalan Tauhid & Feqah. Rakan-rakan di sekelilingku kelihatan asyik menjawab soalan yang dikemukakan sementara aku masih terkial-kial mengimbas kembali sesi pembelajaran di bilik darjah. Dengan perlahan-lahan, aku menghamparkan sorotan mata pada soalan yang sedang menduga mindaku itu. "Hmm,...aku tidak mahu ditewaskan oleh helaian kertas!"   

      Ekoran daripada situasi itu, aku  menghirup udara fajar sedalam-dalamnya bagi mendapatkan ketenangan. Lantas, ku coretkan jawapan pada helaian yang disediakan mengikut logik akalku sendiri. Kemapanan fikiranku benar-benar teruji melalui soalan tersebut..Hakikatnya, aku sedar bahawa  peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) yang sedang ku duduki ini amat bermanfaat buat diriku mahupun teman-teman. Setelah selesai menjawab semua soalan, aku berfikir sejenak. Dengan izin Allah..

         Suatu ungkapan melintasi kotak fikiranku, lalu hinggap di situ.
   
      " Ini yang saya takut sangat dengan sistem peperiksaan..Memang bagus,tapi..ramai yang mengalami  SIMPTOM 'A' ..!"




             Inilah kata-kata yang diungkapkan oleh Ustaz Fairul tempoh hari.... Berkenaan Siptom 'A'. Menurutnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai pelajar yang memiliki Intelligent Quotient  (IQ) yang tinggi, tetapi tidak ramai yang memiliki Emotion Quotient(EQ) yang benar-benar berkualiti.. Realitinya, aspek Spiritual Quotient (SQ) wajar  dijadikan fokus utama yang perlu dititkberatkan oleh setiap makhluk bergelar manusia kerana aspek tersebut merangkumi soal tauhid dan aqidah. Sekiranya mahu mencapai tahap kecerdasan yang lengkap, kita perlu menggabungjalinkan ketiga-tiga aspek kecerdasan tersebut...

             " Sekiranya seseorang doktor memiliki kecerdasan EQ dan SQ, sudah pasti doktor tersebut tidak menerima permintaan pesakitnya untuk menggugurkan janin !"  Inilah misal yang dikemukakan oleh beliau bagi menghubungkaitkan kecerdasan EQ,SQ dan IQ. Pada dunia kini, ramai doktor yang menyediakan perkhidmatan menggugurkan janin. Mereka sememangnya mengalami simptom 'A'. Apabila bergelar seorang doktor, sudah pasti doktor tersebut memiliki IQ yang tinggi kerana pengajian perubatan yang mereka lalui bukanlah suatu proses yang mudah.

           Itu IQ mereka, bagaimana pula dengan SQ dan EQ mereka? Sejauh manakah nilai kemanusiaan yang mereka miliki? Meskipun begitu, masih ramai juga doktor yang memiliki kecerdasan IQ, EQ dan SQ yang boleh dicontohi seperti Dr Danial Zainal Abidin dan Dr. Farhan Hadi. Alhamdulillah.. 



         
Pada jam sebelas, semua calon peperiksaan dikehendaki untuk berhenti menulis menandakan sudah tamat tempoh yang diperuntukkan. Aku melirikkan mataku pada jam dinding yang tergantung di tepi kelas. Masa yang berbaki adalah kurang daripada 30 minit.   Pada ketika itu, pelbagai ragam yang dapatku lihat. Ada yang tidur, ada yang sibuk berfikir,..malah, ada juga yang mengekspresikan bakat terpendam pada helaian kosong yang berbaki! Hmm,..masa yang bernilai itu aku guna bagi menyemak semula jawapan yang telah aku tintakan.
 

          Setelah itu, aku duduk diam dan terus berfikir, menerokai minda yang dikurniakan Allah buat manusia.


       
   Apabila difikirkan kembali, peperiksaan yang sedang aku lalui adalah gambaran mengenai kehidupan. Ada soalan susah, ada soalan senang..Ada ujian berat,ada ujian ringan.. Soalan spot? Memang ada, malah boleh dipercayai! Antaranya..
 
  1. Siapakah Tuhan kamu?
  2. Siapakah Nabi kamu?
  3. Apakah agama kamu?
  4. Siapakah Imam (panduan/pedoman) kamu?
  5. Siapakah saudara kamu?
     
    Seperti mana yang kita semua sedia maklum,inilah antara soalan yang akan disoal pada manusia apabila tubuh dimamah bumi yakni di alam barzakh. Namun, jawapan yang dikemukakan perlulah selari dengan amalan dilakukan. Adakah kita bertuhankan Allah ataupun nafsu? Fikir-fikirkan...


"Baiklah, masa dah tamat. Semua calon dikehendaki untuk berhenti menulis. Letakkan kertas jawapan anda di penjuru meja sebelah kanan...."

     Dua jam yang diperuntukkan sudah tamat. Aku melangkah keluar meninggalkan kelas peperiksaan. Aku redha dengan keputusan yang bakal diumumkan. Apa yang paling penting adalah berkat ilmu. Bukankah begitu? Doa sudah...usaha pun sudah...tinggal tawakkal. (:


     Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji (dicuba dengan suatu musibah)... (HR. Bukhari)


# Peringatan buat diri ini yang sangat rapuh bahkan amat memerlukan bimbingan...
 

Anda juga mungkin meminati:-