Followers

Friday, 28 December 2012

Masa is Time . ^_^

     
       Mengantuk, suatu perkataan yang paling mudah untuk aku ungkapkan. Meskipun otot mata merupakan otot yang paling kuat pada anggota badan(menurut fakta sains), aku masih tidak mampu menahan penangan rasa mengantuk yang cukup kuat impaknya ini, serius! Ergh . Timbul sedkit kekesalan di lubuk ini . "Kenapalah aku tengok cite ni.? Aissh."

     Ehm . Andaikan wujud pertandingan 'penguap' paling banyak, maka akulah pemenangnya . Bhahaha. Betapa bosannya aku. Frekuensi gelombang otakku yang pada mulanya berada pada tahap Beta, terus menghampiri ke tahap Delta dengan serta merta . Ya, tahap tidur! Kondisi udara yang menyegarkan di samping tempat duduk yang empuk seolah-olah memaksa aku untuk me'lentok'kan diri dengan enaknya.......

Mata kuyu, hati sayu. Opps, Layu .

Krik . Krik .Krik. (suasana di dalam panggung 'Piramid Malaya')


....................................................................(zzz.....zzz...zzz..)

"Eh, cerita apa ni ya?" :)
    Hmm, inilah dia suatu kisah yang terpapar pada layar gergasi yang mampu menjanjikan tidur yang nyenyak pada sang penonton! Eheh. Kisah ini hanya layak ditonton oleh mereka yang...

Memiliki fokus yang tinggi!

Mempunyai keinginan yang tinggi untuk memahami .

Memiliki konsistensi yang tinggi untuk kekal pada tahap Alpha dan, 

Ada semangat juang yang tinggi! Yeah ! 

.......................................

NAMUN...terdapat suatu babak yang mengundang perhatian, mewujudkan kesan.

( Ikuti sedutannya, ahah! )

Makhluk ini bernama Gollum. Comel?

WARNING : (Sedutan ini dialih bahasa ke dalam Bahasa Melayu mengikut citarasa suka hati atuk nenek penulis sendiri. Namun, inputnya masih sama.So, jangan complain!:D)

Gollum : Hoi, aku bagi teka-teki, cuba kau jawab.
  
Encik Bilbo(Hobbit): Okay okay. Takde hal. Kalau betul kau tunjuk jalan keluar .


Gollum : Emm...Okay, aku bagi teka-teki kaw kaw punya kasi kau tak boleh jawab. Keh keh keh, kalau tak dapat aku makan kau!
 

Encik Bilbo: Erk. Ha, tanyalah.
 

Gollum: (berfikir) Haaa! Aku dapat. Kau dengar baik-baik...Kau rasa,apa benda yang telan pokok......telan gunung......ehh,tak cukup lagi, telan langit! Semua benda dia telan .Ngeh ngeh ngeh~ Masak lah kau!

Encik Bilbo: Ceh, boleh tahan gak soalan si toyol ni...Hmm...
 

Gollum : Dah agak daa..kau tak boleh jawab...



Encik Bilbo: Jap jap, aku rasa aku tahu...Aiishh!


Gollum : Give up je lah!

Encik Bilbo: Apa ya...apa? Apa?  Erggh! Fikir. Fikir..

Gollum : Okay, masa dah nak habes..
 

Encik Bilbo : Ehh, aahla! Ya, jawapannya MASA . Segala benda kat dunia ni dia telan. Dunia ditelan MASA....

Gollum: (muka hijau jadi merah) Pfftt! Arrgghhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!(terserlah ke'comel'an)


Huh,hilang sikit ngantuk. 





  Okay, cukup sampai di situ .Hmm,...Jawapan yang dikemukan sedikt sebanyak dapat meluaskan horizon pemikiran yang layu ini. Alhamdulillah,..ada lah jugak something yang boleh dijadikan peringatan, berkenaan MASA.

Daripada sekecil-kecil zarah bersaiz mikro...


hinggalah sebesar-besar Gunung Everest...

hatta galaksi bima sakti yang cukup luas sekalipun...

semuanya akan ditelan. *gulpp!*

oleh MASA.

Masa itu permata,malah lebih bernilai. Manfaatkannya sebaik mungkin! =D


" Pantas masa berlalu,meninggalkan kita semua.....Tanpa disedari, BERTAMBAHLAH USIA KITA ."  


     Aha,teringat pulak lirik nasyid bingkisan rindu~
    
     Memang benar,tanpa disedari, usia kita bertambah bukan? Rasa macam baru semalam main kejar-kejar lepas habis sekolah(time sekolah pun sama:P). Lepas tu main nenek-neneklah,hapelah. Jumpa pulak kawan dekat sekolah cerita pasal kartun, buat game sendiri dekat buku tulis. Dah tu kalau yang terlebih kreatif tu koyak bahagian tengah buku dan buat roket! Alahai, pening cikgu dibuatnya..Nostalgianya~

Tupp. Tupp ! Eh,aku dah nak SPM lah!


Tupp. Tupp ! Yess, segenggam ijazah milik aku!


Tupp. Tupp! Akhirnya dapat juga ku temui insan yang layak menjadi ibu kepada anak-anakku..ceewahh!

Tupp. Tupp! Ah,malas nak taip. Fikir sendiri .
 
HAKIKATNYA.. .





          Garis penamat masa yang menjadi titik noktah kehidupan di dunia tidak kita ketahui...
 Mungkin masa muda. Mungkin masa tua. Mungkin bila-bila..

"Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu iaitu nikmat SIHAT dan WAKTU LAPANG"(HR Bukhari)
   -So,manfaatkanlah masa muda kitaa! :)

Ehh,adik siapa lah ni.
 #Ehm. 2012 kian melabuhkan tirainya..Sematkan azam dalam diri!(semangat tahun baru) Anjakan paradigma. (:

Anda juga mungkin meminati:-